Siapa yang tidak mengenali heroin utama filem “Syurga Yang Tak Dirindukan”, orangnya kecil molek, bertambah seri dengan senyuman manis, berwajah putih gebu serta fesyen hijab sentiasa menjadi perhatian juga trend.
Laudya Cynthia Bella antara selebriti Indonesia yang cukup cantik luar dan dalam. Tertanya juga apalah yang dimakan mahu minum kerana kecantikannya memang sedap mata memandang. Dilihat banyak kali masih tidak jemu.
Untuk pengetahuan semua, Laudya Cynthia Bella juga mempunyai akaun Youtube peribadi. Di sana dia banyak berkongsi tentang kehidupan harian, tutorial mekap, video masakan bahkan rahsia peribadi yang diamal untuk kecantikan dan kesihatan dalam dan luaran.
https://www.youtube.com/watch?v=5f42StFjVXk&feature=emb_title
Kata Bella yang merupakan isteri kepada Engku Emran, dia sedari dulu memang amalkan dua minuman – ambil pada waktu pagi sebagai sarapan.
Pertama sekali dia akan menyediakan jus buah-buahan untuk sarapan pagi. Jus itu terdiri daripada lobak, epal hijau, dan tomato. Dibasuh dan dipotong kecil, selepas itu dikisar sampai halus semuanya. Tidak perlu letak air biar air dari pati buah semata-mata, untuk beri rasa asli yang sedap dan enak.
Manfaat jus ini ialah:
- Baik untuk meningkatkan kesuburan
- Memberi hasil maksima untuk kecantikan kulit
- Memperbaiki sistem imunisasi
- Membantu menurunkan berat badan
- Menurunkan kolesterol tinggi
Seterusnya si cantik manis ini menyediakan minuman herba. Minuman ini terdiri daripada kunyit hidup, serai, dan halia. Penulis dapat bayangkan bagaimana rasanya yang pedas dan pahit, bahkan jelik. Tapi ia minuman berkhasiat untuk membersihkan sistem pencernaan, menyahtoksikkan.
Cara menyediakan minuman ini dengan tumbuk satu persatu bahan, masukkan bahan ke dalam air yang sudah dipanaskan. Biarkan semuanya sebati dan menggelegak. Bila dah menggelegak dan warna air menjadi oren kekuningan, ambil dan tapis. Nak bagi sedap, tambahkan madu.
Manfaat minuman herba:
- Membantu menurunkan berat badan
- Melindungi kesihatan jantung
- Perawatan untuk kulit
- Membantu mengurangi kolesterol
- Mengurangi bau mulut
Bella menggantikan madu daripada gula perang dan gula biasa kerana mahu khasiat mencegah diabetes dan kanser, memperkuat sistem kekebalan tubuh, menyembuh luka serta menurunkan kolesterol dan berat badan.
Mudahkan cara Bella. Kalau anda inginkan kulit wajah persis Bella, sila amalkan. Insyaallah bermanfaat!