Kamu penggemar kopi tegar adakah kamu yakin, kamu telah mencuba kopi yang betul-betul kaw dan power? Jika ya, fikir semula!
Qulu-Qulu menawarkan pelbagai aneka pilihan rasa kopi yang bukan saja enak dan penuh rasa kaw. Malah Qulu-Qulu tampil dengan pilihan menu kopi monster yang sangat comel dan menarik. Idea twist yang unik ini telah menjadi trademark kopi Qulu-Qulu.
Qulu-Qulu kini telah memiliki tiga cawangan iaitu di Dataran Cascades, MyTown Kota Damansara, Kuala Lumpur dan juga di Pusat Membeli-Belah Toppen, Johor Bahru. Kopi monster ini bakal memberikan rasa kaw kopi yang unik buat pelanggan yang ingin merasai kopi unik dan lazat!
Qulu-Qulu Bukan Sekadar Kopi Monster!
https://www.instagram.com/p/B7PyELtJX__/
Qulu-Qulu memahami kehendak serta keperluan pelanggan yang mencintai rasa serta aroma kopi, dengan aneka rangkaian pilihan menu yang kreatif dan inovatif pastinya dapat memberi rasa serta kenikmatan buat penggemar kopi segar!
Tambahan lagi, Qulu-Qulu telah mula berada di pasaran sejak tahun 2019 lagi, mereka tahu apa minuman popular yang terdapat di pasaran dan lalu menjadikan ia sebagai idea dalam menghasilkan kopi Malaysia dengan keunikan yang tersendiri.
Qulu-Qulu Tampil Dengan Aneka Pilihan Kopi Kaw!
Qulu-Qulu menggunakan bahan-bahan tempatan seperti gula melaka, halia, jagung, susu, buah buahan dan banyak lagi sebagai bahan dalam menghasilkan menu kopi yang kreatif dan lazat! Dengan menggunakan bahan-bahan tempatan, Qulu-Qulu mampu menghasilkan menu air kopi yang mewah untuk penggemar kopi tegar di Malaysia.
Jangan ketinggalan untuk mencuba air kopi dari Qulu-Qulu, comfirm akan buat kamu rasa kaw teruk dan berbaloi!
https://www.instagram.com/p/B7QjHVOJydG/
Ini antara menu kopi monster Qulu-Qulu yang popular dan wajib cuba:
- Cornella – kombinasi jagung dan karamel
- Haliya – gabungan unik antara kopi, halia dan gula melaka
- Chokado – menampilkan rasa unik buah avokado dan juga coklat
- Lemona – kombinasi segar antara kopi, buah lemon, timun dan soda
Kopi Monster Qulu-Qulu Hantar Kopi Kepada Kamu!
Hantu kopi ada berita baik untuk kamu yang tinggal dalam lingkungan 5km di tiga lokasi seperti Dataran Cascades, MyTown Kota Damansara, Kuala Lumpur dan juga di Pusat Membeli-Belah Toppen, Johor Bahru, kerana kamu dapat menikmati kopi lazat ini dari rumah!
Kerana pelanggan yang tinggal dalam lingkungan 5km dari tiga lokasi outlet Qulu-Qulu ini, akan membuat perkhidmatan penghantaran kopi secara terus ke tempat kamu! Wah, bestnya.
Apa yang kamu perlu lakukan untuk mendapatkan perkhidmatan penghantaran ini adalah dengan mendail nombor hotline 011-62136992. Dan kamu juga boleh memesan menu pilihan kopi menerusi aplikasi WhatsApp atau WeChat pada nombor hotline tersebut. Selesai membuat pesanan, tunggu kopi monster untuk hantar kopi kegemaran secara terus ke tempat kamu!
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Qulu-Qulu ini, kamu boleh layari laman web Qulu-Qulu atau ikuti laman Facebook dan Instagram mereka untuk mengetahui promosi yang dijalankan oleh kopi monster Qulu-Qulu ini!