Nampaknya kes antara Amber Heard dan bekas suaminya Johnny Depp kian mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya Amber yang di sangka sebagai mangsa, sebenarnya adalah dalang sebenar dalam kes penderaan rumahtangga ini.
Berikutan tuntutan perceraian yang buat oleh Amber pada tahun 2016 serta dakwaan terhadap bekas suaminya yang telah melakukan penderaan secara fizikal dan lisan terhadap dirinya, mencetuskan kontroversi dalam dunia hiburan antarabangsa.
Isu yang tular di antara dua selebriti terkenal sejak tahun 2016 lalu telah menimbulkan pelbagai komen dan kritikan dari netizen, terutama terhadap bintang filem Pirates of The Caribbean, Johnny Depp yang di dakwa telah mendera Amber (aktress filem Aquaman) secara fizikal dan lisan.
https://twitter.com/tan_lifestyle/status/1224323525412052992
Tetapi setelah tiga tahun isu ini berlangsung, tular pula rakaman suara di antara Amber dan Johnny yang mana isi kandungan rakaman suara itu amat mengejutkan semua.
Menerusi rakaman suara perbualan antara Amber dan Johnny, jelas menunjukan bahawa Amber mengakui telah memukul Johnny. Siapa sangka dua pasangan sejoli ini mengakhiri perkahwinan dan hubungan mereka dengan penuh tragik sebegini.
Punca Rumahtangga Musnah Sebab Hubungan Tak ‘Secure’?
Menerusi rakaman suara yang telah tular di internet, aktress filem Aquaman, 33, telah meluahkan bahawa hubungan mereka berdua tidak ‘selamat’ dan tiada kepercayaan penuh.
Amber meluahkan bahawa Johnny kerap meninggalkan diri Amber di saat sukar dan tidak berada disisi Amber di saat dirinya memerlukan Johnny. Selain itu, Amber juga mengatakan bahawa Johnny selalu meninggalkan dirinya setiap kali mereka berbalah.
Tapi lama-kelamaan dalam rakaman suara tersebut menjelaskan bahawa perangai dan sifat marah Amber juga merupakan salah satu punca keretakan rumahtangga mereka. Setiap kali Amber marah, dirinya akan bertindak kasar terhadap bekas suaminya itu.
Amber Putar Belit Cerita Untuk Tutup Kisah Sebenar
https://twitter.com/winonasrider/status/1223371981296455680
Berikutan dari isu penceraian yang kemudian kepada pemfailan kes penderaan rumahtangga, yang difailkan oleh Amber semakin menjadi-jadi. Pada tahun 2016, Amber memberitahu bahawa Johnny telah mendera dirinya.
Kemudian Johnny bangkit dengan memfailkan saman fitnah dan memfailkan tuduhan yang tidak benar terhadap dirinya sebanyak $50 juta atau RM206.4 juta.
Kes ini telah berlanjutan terlalu lama dan sepertinya tiada jalan keluar, tetapi pada tahun ini muncul pula rakaman suara antara Amber dan Johnny yang memberi penjelasan terhadap kes yang ‘messy’ ini.
Menurut peguambela Johnny, segala apa yang dilakukan oleh Amber hanyalah untuk menutup penderaan yang telah dilakukannya terhadap Johnny dan bukan sebaliknya.
“Dalam pengakuan rakaman suara yang pertama dia (Amber Heard) telah menunjukan dalam perbualan tersebut siapa mangsa dera yang sebenar.
Ia mendedahkan bahawa Cik Heard merupakan dalang atau pelaku siri penderaan terhadap Encik Depp dan menerusi perbualan tersebut menjelaskan mengenai penderaan yang berlaku.
Dan Cik Heard juga cuba untuk menutup isu tersebut dengan menjelaskan motif dirinya melakukan keganasan adalah kerana Encik Depp selalu cuba untuk lari dari penderaan yang dilakukan” jelas peguambela Johnny Depp kepada USA Today.
Bekas Isteri Johnny Depp Juga Tampil Beri Kenyataan
Dua bekas isteri Johnny Depp dan anak perempuannya tampil memberi kenyataan, menyokong Johnny. Menurut kedua-dua bekas isteri aktor terkenal ini menjelaskan bahawa sepanjang perkahwinan mereka, Johnny tidak pernah melakukan penderaan fizikal.
Vanessa Pardis telah menulis sepucuk surat kepada TMZ, melihat penjelasan yang diberikan oleh bekas isteri aktor hebat ini membuatkan orang ramai melihat semula secara keseluruhan tentang isu messy antara Amber dan Johnny.
Kronologi Tragik Perkahwinan Amber Heard & Johnny Depp
3 Februari 2015
Johnny Depp dan Amber Heard berkahwin secara tertutup di rumah mereka di Los Angeles, selepas empat tahun mereka bertemu di set penggambaran The Rum Diaries.
Pasangan ini kemudian mengadakan majlis perkahwinan secara mewah dan santai di sebuah pulau peribadi yang terletak di Bahamas. Pulau tersebut di beli oleh Johnny pada tahun 2004 dengan harga $3.6 juta atau RM14.8 juta.
21 April 2015
Kemudian pada 21 April 2015, Amber melanggar undang-undang keselamatan bio Australia selepas dia dan Johnny gagal menjelaskan menyeludup haiwan semasa menjalani penggambaran filem Pirates of The Caribbean: Dead Men Tell No Tales.
Dakwaan terhadap menyeludup haiwan secara haram telah dijatuhkan tetapi Amber mengakui telah memalsukan dokumen kuarantin dan dikenakan bon sebanyak $1,000 atau RM4,128 dengan berkelakuan baik selama sebulan.
23 Mei 2016
Pada 23 Mei 2016, Amber telah memfailkan tuntutan perceraian selepas 15 bulan berkahwin dengan sebab perbezaan persefahaman. Kemudian empat hari kemudian pula, hakim mengeluarkan isu arahan sementara terhadap Johnny kerana dakwaan keganasan rumahtangga.
Amber menunjukan gambar dirinya cedera di pukul tetapi menariknya LAPD tidak menemui sebarang bukti di tempat kejadian.
16 Ogos 2016
Manakala pada 16 Ogos 2016, Amber menggugurkan tuduhan tersebut dengan penyelesaian perceraian sebanyak $7 juta atau RM28.8 juta.
18 Disember 2018
Selepas empat bulan, Washington Post mengeluarkan kenyataan dari Amber, yang merupakan duta hak wanita bagi American Civil Liberties Union. Di mana kenyataannya menjelaskan bahawa dirinya menyokong mana-mana wanita yang mengalami keganasan rumahtangga.
“Dua tahun lalu, saya menjadi duta bagi mewakili keganasan rumahtangga dan saya telah merasa kekejaman budaya seperti ini, wanita perlu untuk bersuara” tulis Amber.
1 Mac 2019
Meski artikel tersebut tidak menyatakan namanya, pada 1 Mac 2019 Johnny telah memfailkan saman fitnah di Fairfax Circuit Court, Virginia di mana artikel tersebut menuju kepada dirinya dan menyebabkan Johnny di pecat dari franchise Pirates of The Caribbean.
Johnny menolak dakwaan tuduhan yang dikeluarkan oleh Amber.
10 April 2019
Tidak berpuas hati, Amber membuat fail tambahan bagi menyokong tuduhannya dengan menyatakan dirinya telah di dera pada tahun 2012, apabila dirinya berpindah bersama Johnny dan pada bulan Mei 2016 mereka meneruskan proses perceraian.
Amber merujuk bahawa Johnny adalah ‘monster’ atau ‘raksasa’ dalam 300 lebih muka surat filing.
20 Mei 2019
Kemudian Johnny melawan balik terhadap tuduhan Amber di mana, Amber telah manipulasi bukti untuk menjatuhkan Johnny. Johnny menafikan dakwaan tuduhan terhadap dirinya dan tidak akan mengaku tuduhan tersebut buat seumur hidupnya.
“Saya akan sentiasa menafikan tuduhan tersebut buat seumur hidup saya” jelas Johnny.
Siapa sangka perkahwinan mereka akan jadi begini dan lebih teruk lagi selepas bercerai, muncul pula isu fail tuduhan penderaan rumahtangga. Pening betul!
Diharap isu ini dapat di selesaikan dengan segera, cukup-cukuplah tu.