Bukan mudah untuk menjadi wanita ‘superwomen’, wanita perlu menggalas pelbagai identiti diri iaitu sebagai seorang anak, isteri, ibu yang hebat dan pekerja yang berdedikasi, sangat sibuk dengan pelbagai tugasan yang harus dilakukan dalam rutin seharian.
Demi merealisasikan semua tugas itu, wanita perlu memastikan semua perkara dapat dilakukan dengan baik dan menepati masa.
Tapi boleh ke semua ini di capai dengan mudah? Jawapannya boleh, Vit’s ada cara dan tips untuk para wanita moden masa kini mengecapi ke semua tugasan dengan jayanya tanpa perlu mengendahkan kesihatan dan pemakanan diri sendiri. Wah, hebatnya!
Vits’s menawarkan rangkaian produk makanan yang mampu membuatkan wanita mempraktikkan pengurusan masa yang lebih bijak, dalam mengurus keluarga, kerja atau waktu peribadi dengan mudah!
Vit’s bukan saja menawarkan produk makanan yang lazat dan menyihatkan malah ia juga menggunakan sumber bahan dan cara memproses serta premis yang menepati piawaian syarak dan halal. Sudah tentunya kriteria utama sebegini amat di pandang berat oleh para wanita bukan, dalam mencari makanan yang terbaik, halal dan menyihatkan.
Dengan Vit’s wanita tidak perlu risau lagi jika kekurang masa untuk menyediakan hidangan untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga, kerana Vit’s mengeluarkan produk makanan yang mudah dan cepat di masak.
Malah, produk makanan yang dipasarkan di pasaran adalah berstatus Halal Jakim semenjak 12 tahun lalu dan mengikuti piawaian syarak dalam Islam dalam cara pemprosesan, bahan dan premis.
Tambahan lagi, Vit’s juga telah berusia 45 tahun serta telah lama bertapak di Malaysia dan produk-produknya sangat mudah di cari, sama ada di pasaraya, kedai runcit atau kedai dalam talian seperti Shopee, Lazada, Fave, Superbuy, Lelong.my, Superdeals dan banyak lagi!
Memang mudah sangat nak cari produk makanan Vit’s ni!
Dapatkan Produk Bihun Vit’s Yang Terbaru
Antara produk makanan terbaru oleh Vit’s pada tahun ini adalah Vit’s Bihun Sup Sayur dan Vit’s Bihun Sup Ketam Pedas dalam cawan, yang mendapat sambutan hebat sejak dipasarkan di pasaran awal tahun ini.
Bihun Sup Ketam Pedas dan Bihun Sup Sayur ini dihasilkan tanpa gluten (sesuai untuk hindar dari alahan), tanpa bahan pengawet serta diperbuat 100% dari beras.
Bukan saja rasa kedua-dua bihun sup ini sangat mudah disediakan, ianya juga sangat lazat dan juga mengenyangkan, semestinya menu makanan yang menyihatkan. Tambahan lagi, Bihun Sup Ketam Pedas dan Bihun Sup Sayur ini juga di jual dengan harga yang berpatutan.
Bagi yang ingin mengetahui apa lagi produk-produk terbaru, kamu boleh ikuti laman Facebook Vit’s. Selain itu, Vit’s juga telah menlancarkan kempen terbaru iaitu “Vit’s Kan Ada” khas untuk mereka yang mencari produk makanan yang lazat, sihat dan menjimatkan masa.
Jom Makan-Makan Bersama Vit’s!
Ingin tahu cara masakan istimewa dan menarik, jom tonton video masakan yang dikongsikan oleh Vit’s ni. Comfirm terliur tengok.
Jadi, superwomen di luar sana jangan ketinggalan untuk dapatkan produk makanan dari Vit’s ni. Comfirm puas hati dan nak lagi!
Rujukan: 1