Review - Filem

Filem Anime “Hello World” Hampa Dan Tak Berapa Menyengat!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Filem Anime “Hello World” Hampa Dan Tak Berapa Menyengat!

Kamu suka tengok cerita anime Jepun?

IKLAN

Baru-baru ini penulis telah menonton filem anime Jepun ‘Hello World’ di GSC One Utama, apa yang boleh penulis katakan tentang filem ini adalah gabungan genre antara fiksyen sains dan romantik ini, tidak memiliki jalan cerita yang begitu kuat.

Hasil Tangan Pengarah Terkenal, Tidak Berapa Menyengat!

Foto – Arkib Wanista

Almaklum penulis agak suka dengan pengarah Tomohiko Ito, kerana filem animasi yang diarahkannya sebelum ini berjaya memberi impak yang kuat dalam semua aspek.

Antara filem yang di hasilkan oleh pengarah Tomohiko adalah filem Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale. Penulis rasa terkesan dan jalan ceritanya juga sangat bagus kerana filem Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale ini berjaya menangkap jiwa penulis dari awal cerita sehinggalah tamat filem.

Maka penulis berharap hasil kerja keduanya pengarah terkenal ini dapat memberi rasa dan kepuasan yang sama buat filem anime ‘Hello World’. Tetapi sayang,Β filem ‘Hello World’ yang merupakan buah tangan kedua pengarah anime terkenal ini tidak begitu pedas dan menyengat.

Plot Twist Tak Berapa Kuat

Bagi penulis filem ‘Hello World’ tidak mempunyai plot atau jalan cerita yang kuat kerana susun atur plot fiksyen sains dan romantik tidak diadun dengan kemas dan terdapat lompong plot yang boleh diperbaiki lagi. Tambahan lagi, babak fiksyen sains yang cuba disampaikan tidak dapat dilihat dengan jelas.

Mungkin apa yang cuba di sampaikan oleh filem ‘Hello World’ ini adalah, penggunaan sainstifik pada era masa hadapan dapat mengubah kejadian atau masa lalu demi menyelamatkan nyawa seseorang.

Visual Animasi 3D Tidak Memuaskan

Foto – Arkib Wanista

Sudahlah jalan cerita tak berapa nak berkembang, visual animasinya pula tidak seperti visual 3D sebaliknya seperti ala-ala 2D. Terdapat beberapa babak yang menunjukan visual 3D tidak berapa nak menjadi terutama pada visual raksasa dan watak-watak dalam filem.

Secara keseluruhan penulis boleh bagi 3 bintang untuk filem ‘Hello World’ ini, memang bukan mudah untuk tonjolkan serta adunkan kisah bergenre fiksyen sains dan romantik sekaligus tetapi ia bukanlah mustahil.

IKLAN

Seperti contoh cerita Sword Art Online The Movie dan Magical Girl Lyrical Nanoha The Movie, kedua-duanya merupakan cerita anime bergenre sains dan juga romantik tetapi jalan ceritanya kemas dan menarik.

Sinopsis

Di Kyoto pada tahun 2027, Naomi Katagaki, seorang pelajar lelaki bertemu dengan seseorang yang mendakwa dirinya adalah Naomi dari 10 tahun akan datang. Mereka berdua bergabung tenaga untuk menukar masa depan dan menyelamatkan rakan sekelasnya Ruri yang bakal menjadi teman wanita Naomi junior, bermula tiga bulan dari sekarang.

Bagi peminat die-hard-fan cerita anime Jepun yang ingin menonton filem ‘Hello World’ pada 6 Februari, Khamis ini. Terdapat lima buah pawagam yang menayangkan filem ini iaitu GSC Mid Valley, GSC One Utama, GSC Pavilion, Kuala Lumpur, GSC Gurney Plaza, Penang dan GSC Paradigm Mall, Johor Bahru yang menayangkan filem animasi ini.

Jadi Apa-apa pun, selamat menonton!