Kesihatan

Losyen Aveeno Manfaatkan Kebaikan Oat Untuk Merawat Penghidap Ekzema

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Losyen Aveeno Manfaatkan Kebaikan Oat Untuk Merawat Penghidap Ekzema

Kering sehingga merekah dan luka, itulah yang sering terjadi pada penghidap ekzema.

IKLAN

Bagi merawat keadaan kulit mereka, Aveeno iaitu jenama yang menawarkan rangkaian lengkap penyelesaian penjagaan kulit komprehensif yang menampilkan Active Naturals Colloidal Oatmeal.

Jenama ini telah menemui kuasa bahan semula jadi – oat – menerusi kemajuan saintifik, dan menemui cara untuk memupuk dan mengubah kesihatan dan kecantikan kulit menjadi lebih baik.

Mengapa Oat?

Oat koloid – yang bermaksud oatmeal kisar yang terampai di dalam medium cecair untuk aplikasi dan penyerapan yang lebih baik ke dalam kulit – telah menjadi ramuan penting dalam penjagaan kulit sejak zaman dahulu lagi. Ini disokong oleh bukti klinikal selama lebih 60 tahun yang menunjukkan bahawa formula oat koloid berkesan untuk melegakan kulit yang kering dan rengsa.

Foto – Trubus

Bagi yang mempunyai kulit yang kering & gatal, Dr Leong Kin Fon, ahli perunding pakar kulit pediatrik, menyatakan bahawa oat berkesan dalam memberi kelegaan. Dr. Leong menjelaskan bahawa oat mempunyai empat fungsi penting sebagai bahan pelembap: untuk memerangkap air di dalam kulit, mengurangkan kegatalan dan kemerahan, dan meningkatkan keseimbangan microbial kulit.

Apa itu microbial kulit? Ia merupakan habitat pelbagai mikroorganisma, termasuk bakteria yang bermanfaat dan berbahaya, yang wujud bersama pada permukaan kulit. Satu sentimeter persegi kulit biasanya mempunyai kira-kira satu bilion bakteria, dan ketidakseimbangan bakteria ini boleh memberi kesan kepada fungsi penghalang kulit.

Foto – Arkib Wanista

Mulakan tahun anda dengan menjadi cantik dan berikan kulit anda dengan kelebihan oat prebiotik! Dapatkan rangkaian penyelesaian penjagaan kulit Aveeno® yang menampilkan Active Naturals Colloidal Oatmeal di farmasi-farmasi utama terpilih seperti Watsons, Guardian, Caring, dan AEON Wellness, atau secara atas talian rasmi di AveenoLazadaMY dan AveenoShopee!