Siapa sangka baru sahaja mendirikan rumahtangga keluar pula berita perceraian dalam jangka masa yang terdekat!
Itu lah yang berlaku pada selebriti antarabangsa Pamela Anderson dan bekas suaminya Jon Peters yang telah bercerai selepas 12 hari berkahwin.
Pamela dan Jon yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada dua minggu lepas, kini telah mengeluarkan berita yang mengejutkan itu baru-baru ini.
Menurut Pamela, keputusan yang diambil adalah persetujuan dari kedua-dua belah pihak dan berharap orang ramai menghormati keputusan peribadi mereka.
“Saya sangat terharu dengan pertemuan semula bersama Jon.
Kami berasa sangat berterima kasih dengan sokongan anda semua, tapi ada sesetengah perkara kami perlu menimbang semula terhadap apa yang kami mahukan dalam kehidupan.
Dan kehidupan adalah sebuah perjalanan, manakala percintaan dan kasih sayang adalah satu proses.
Menerusi pandangan tersebut, kami berdua membuat keputusan untuk mengakhiri perkahwinan kami dan berharap semua pihak dapat menghormati keputusan peribadi kami.
Terima kasih menghormati keputusan kami” Jelas Pamela.
Pamela dan Jon telah mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup di Malibu pada dua minggu lalu, pasangan sejoli ini pertama kali di lihat keluar dating bersama pada 30 tahun yang lalu. Tetapi sayang perkahwinan mereka hanya sempat bertahan selama 12 hari sahaja.
Jon yang merupakan seorang penata rias rambut kemudian menjadi pengarah filem ini telah banyak menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi antaranya, Batman (1989) dan Batman Returns (1992).
Dilaporkan, Jon mula bertemu dengan Pamela pada pertengahan tahun 80an di Playboy Mansion, tidak lama selepas Pamela berpindah dari British Columbia ke Los Angeles. Dan mereka berdua mula berkenalan serta mengenali hati budi masing-masing dari situ.
Meskipun perkahwinan mereka tidak bertahan lama, apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.