Lagi virus korona, seluruh negara dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan orang awam dengan mengeluarkan arahan langkah pencegahan. Virus mutasi membawa maut ini, merupakan mimpi ngeri bagi manusia jika pihak perubatan tidak menemui kaedah rawatan bagi merawat jangkita virus tersebut.
Kini di Malaysia terdapat lapan kes jangkitan wabak virus korona telah disahkan positif dan berita ini mengejutkan orang ramai. Meski angka yang dijangkiti di Malaysia sangat kecil tetapi ia merupakan petanda sebelum angka jangkitan semakin bertambah.
Isu langkah pencegahan harus diperketatkan di Malaysia dan rakyat harus berwaspada terhadap jangkitan berbahaya ini, yang boleh dijangkiti menerusi sistem pernafasan.
Macam Mana Nak Lindungi Diri?
Kamu perlu tahu jika sedikit jumlah kuantiti virus yang berlegar di ruang udara ia akan mula merebak dan kemudian menjangkiti manusia menerusi sentuhan atau ketika makan.
Pihak pakar perubatan kini sedang bertungkus-lumus mencari penawar bagi mengatasi serangan jangkitan wabak maut ini, dalam masa yang sama orang awam juga harus peka dan melindungi diri dari jangkitan virus ini dengan tips dan kaedah yang di sarankan oleh pihak perubatan.
Saranan pakar:
- Cuci tangan selama 20 saat bersama sabun dan air. Kamu harus cuci tangan dengan kerap. Sanitizer beralkohol boleh digunakan untuk mencuci tangan sebagai ganti sabun dan air.
- Sanitizer beralkohol seperti Purell juga boleh membantu membersihkan tangan dan persekitaran kamu.
- Elak menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak di cuci.
- Duduk di rumah jika kamu sakit.
- Tutup mulut apabila kamu batuk atau bersin dengan menggunakan tisu dan kemudian buang tisu tersebut ke tong sampah.
- Kerap bersihkan dan disinfektan barang-barang atau objek sekeliling kamu.
Bagi Yang Sedang Travel Atau Baru Merancang, Ini Yang Kamu Kena Buat
Bagi yang sedang melancong atau bakal melancong ke China atau mana-mana negara yang sedang mengalami jangkitan virus maut ini, kamu harus mengambil langkah berjaga-jaga dengan ketat. Melancong di China pada waktu ini amat berbahaya dan bahagian di United State juga telah mengeluarkan notis ‘Level 4 Travel Advisory’ yang merupakan amaran paling tinggi sekali.
Tetapi jika kamu tetap ingin meneruskan perjalanan, maka apa yang kamu perlu lakukan adalah sentiasa memakai topeng semasa melancong, kerap mencuci tangan, pastikan sanitizer sentiasa ada dalam poket atau beg kamu dan elak dari mendekat orang yang sakit semasa mengembara.
Jenis-Jenis Topeng Muka
Tidak kira sama ada kamu ingin melancong atau tidak, pastikan kamu keluar dari rumah memakai topeng muka yang selamat. Kini di pasaran terdapat topeng muka jenis pembedahan dan juga N95, kedua-dua jenis topeng muka ini mempunyai kelebihan masing-masing.
Topeng Muka Jenis Pembedahan
- Ujian dan kelulusan – Disahkan oleh U.S Food and Drug Administration (FDA).
- Kegunaan – Lindungi tubuh daripada dimasuki titisan besar atau cecair berbahaya dan elak penyebaran kuman kepada individu lain.
- Fitting – Longgar
- Penapisan – Kurang perlindungan terhadap partikel udara yang lebih kecil.
- Kebocoran – Kebocoran akan berlaku di sekitar hujung topeng apabila pemakainya menghirup udara.
- Had penggunaan – Pakai buang
Topeng Muka Jenis N95
- Ujian dan kelulusan – Dinilai, diuji dan diluluskan oleh NIOSH U.S
- Kegunaan – Dapat kurangkan pendedahan kepada pertikel halus yang berada dalam udara.
- Fitting – Ketat
- Penapisan – Menapis sekurang-kurangnya 95% partikel udara termasuk partikel kecil dan besar.
- Kebocoran – Jika dipakai dengan fitting yang betul, kebocoran kecil yang berlaku di sekitar hujung topeng.
- Had penggunaan – Paling ideal digunakan sekali sahaja bagi setiap penggunaan. Jika topeng tersebut rosak, kotor, basah, di cemari darah atau menyebabkan kesukaran bernafas ianya harus di buang.
Cara Pakai Topeng Jenis Pembedahan Menurut WHO Dengan Betul
Cara Pakai Topeng Muka Jenis N95 Dengan Betul
Di harap segala maklumat dan tips pencegahan yang dikongsikan dapat membantu kamu untuk melindungi diri dari serangan jangkitan virus korona ini.