Siapa sini pencinta flora, berita baik untuk kamu pada tahun ni!
Tahun 2020 bakal menyaksikan fenomena bunga yang kembang mekar dengan suburnya dan pada tahun ini, bumi bakal dipenuhi dengan koleksi pokok bunga yang warna-warni di seluruh negara.
Pastinya bagi peminat alam flora ini tidak mahu ketinggal menyaksikan fanorama menakjubkan ini bukan. Tahun 2020 merupakan tahun bertuah bagi menyaksikan panorama indah bunga-bunga yang tumbuh mekar, jadi bagi yang ingin melihat keindahan alam ini, wanista bawakan destinasi jelajah terbaik untuk kamu semua!
Untuk melihat khazanah dunia kamu perlu mengembara dan menjelajah di beberapa buah negara yang bakal wanista senaraikan di bawah. Bukan saja ia destinasi menarik untuk melihat bunga, tetapi ia juga merupakan destinasi pilihan terbaik untuk melancong pada tahun ini.
Jadi bagi yang ingin melancong disamping dapat menikmati keindahan flora, maka ini adalah destinasi terbaik untuk kamu pada tahun ini.
#1 Lisse, Netherlands
Destinasi: Jika kamu ingin melancong ke Lisse, German untuk melihat bunga tulip yang kembang mekar, jawpannya kamu telah membuat keputusan yang tepat!
Taman Keukenhof yang terletak di Lisse, German ini salah satunya lokasi istimewa yang memberikan panorama kuntuman bunga tulip yang mekar dan segar di dunia!
Bila nak pergi: Rancang percutian kamu sekitar bulan April dan Mei untuk melihat sesi musim bunga yang mekar dan indah.
#2 Annapurna, Central Nepal
Destinasi: Kamu ingin mendaki sambil menikmati keindahan bunga liar Rhododendrons merah yang cantik, maka pergunungan Annapurna di Central Nepal adalah pilihan kembara terbaik untuk kamu pada tahun ini.
Bila nak pergi: Jika kamu nak lihat bunga Rhododendrons yang kembang mekar, maka pada bulan Mac dan April antara bulan yang sesuai untuk kamu mengembara di pergunungan ini. Jadi bagi yang ingin melihat bunga Rhododendreons yang kembang penuh, kena datang pada bulan tersebut.
#3 Antelope Valley California Poppy Reserve, California
Destinasi: Tiada lanskap semulajadi yang indah selain valley bunga poppy di California ini. Bunga poppy liar yang tumbuh mekar dan subur ini menjadi lokasi destinasi saban tahun buat pencinta bunga.
Bagi yang berjiwa sentimental pasti akan suka melihat panorama bunga poppy di waktu petang, ianya panorama alam yang sangat bermakna dan bernilai!
Bila nak pergi: Bulan terbaik untuk kamu terbang ke Antelope Valley California Poppy Reserve ini adalah pada pertengahan bulan Februari sehingga bulan Mei. Ini adalah bulan yang sesuai untuk melihat bunga poppy kembang mekar!
#4 Tuscany, Itali
Destinasi: Bagi pencinta bunga ros tiada destinasi lain yang lebih baik dari menjelajah ke taman ros di Roseto Botanico Carla Fineschi yang terletak di Central Tuscany, Itali.
Bunga-bunga ros yang segar dan kembang mekar ini ditanam di taman estet peribadi milik profesor Gianfranco Fineschi. Terdapat lebih dari 6,500 spesis bunga ros dan ia di gelar muzium bunga hidup!
Bila nak pergi: Bulan terbaik untuk melawat bunga ros ini adalah pada awal bulan Mei sehingga akhir bulan Jun. Jadi kamu dah boleh rancang perjalanan dari sekarang!
#5 Pulau Mainau, German
Destinasi: Pulau Mainau atau juga dikenali sebagai ‘Pulau Bunga’, pulau yang berkeluasan 110 hekta ini menawarkan pelbagai jenis spesis bunga yang menarik dan cantik.
Bukan itu saja, kamu juga akan dapat melihat replika burung dan taman bunga yang kembang mekar. Dan di situ juga terdapat istina Mainau yang tersergam indah sambil di kelilingi dengan bunga-bunga mekar!
Bila nak pergi: Musim bunga adalah sesi terbaik bagi melihat bunga kembang mekar di pulau Mainau ini. Jadi bulan yang sesuai untuk melihat bunga mekar adalah pada pertengahan bulan Mac sehingga awal bulan Jun tahun ini.
Bonus
#6 Carmona, Sepanyol
Destinasi: Peminat bunga matahari wajib melawat ke ladang bunga matahari di pekan Carmona, Sepanyol. Pekan ini merupakan antara salah satu pekan tertua di Eropah.
Ladang bunga matahari di Carmona ini sangat terkenal di kalangan pelancong wanita dari Jepun, Korea dan China kerana panoramanya yang indah!
Bila nak pergi: Jika kamu ingin berkunjung ke ladang bunga di Carmona, Sepanyol ini, bulan yang terbaik untuk melihat bunga matahari mekar adalah pada bulan Mei dan Jun. Seronok tengok bunga matahari yang kembang mekar ni!
Jom rancang percutian sekarang dan pergi melihat bunga-bunga cantik ni!