Baik perempuan atau lelaki, penjagaan kulit muka sangat penting. Bila muka kita bersih dan bebas cela, kita akan terasa bahagia malah gembira. Bila muka kita sebaliknya, kita rasa murung dan tiada keyakinan diri.
Walaupun penggunaan produk amat penting, tapi tabiat harian juga antara faktor memberi reaksi kepada kulit. Sebagai contoh, tidak mendapatkan tidur yang cukup, kekurangan minum air serta beberapa faktor lain yang selama ini dipandang enteng.
- Foto – Forbes
Tidak ambil mudah soal penjagaan kulit muka, kumpulan k-pop terkemuka BTS dedahkan cara mereka. Tak rumit malah semudah ABC, cumanya anda perlu disiplin.
Memandangkan mereka kerap melakukan tugasan di luar negara, kesemua ahli BTS juga seperti manusia biasa – mereka alami masalah kulit akibat kondisi air yang berbeza malah cuaca.
Jadi BTS V dan J-Hope menjelaskan setiap orang perlu titik berat tiga faktor ini dalam menjaga muka mereka.
Kurangkan tahap tekanan
Jelas J-Hope, bila tertekan kulit turut mendapat tempiasnya. Hormon yang disebabkan stress boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat. Pengeluaran minyak pada kulit sekali gus menyebabkan liang-liang roma tersumbat hingga kulit mudah diserang bakteria.
- Foto – Koreaboo/Vlive
Jadi sebaiknya, kawal tahap stres dengan melakukan perkara yang menggembirakan diri. Contoh seperti travel, window shopping, membaca, mendengar muzik kegemaran, dan sebagainya.
#2 Minum banyak air
64% daripada kulit anda adalah air, jadi jika anda tidak mendapatkan air yang cukup maka ia jelas kelihatan pada muka – mulalah terjadi kulit kering, kusam, paling teruk timbulnya jerawat.
- Foto – Koreaboo/Vlive
Tahukah minum air yang banyak dapat membantu melambatkan penuaan. Ia adalah produk anti-penuaan yang paling mudah dan murah untuk anda perolehi.
Apabila tubuh anda dapat menjalankan fungsi menyahtoksik, sel akan memperbaiki kulit anda lebih cepat dan hasilnya ia akan menjadi kulit anda lebih bersinar. Air juga boleh melawan jerawat dengan menghalang pori dari tersumbat.
#3 Tidur yang cukup
Bergelar penghibur dengan kekangan jadual menyebabkan 7 anak muda ini tidak mendapatkan tidur yang cukup.
Penerbangan dari Seoul ke Amerika sahaja dah berapa lama, jadi bayangkan sahaja masa mereka banyak dihabiskan di atas kapal terbang sahaja.
- Foto – Koreaboo/Vlive
Waktu yang disarankan untuk tidur adalah sekitar 8 jam sehari. Apabila kita tidur, hormon stress (kortisol) kita akan turun dan hormon tidur (melatonin) akan naik. Badan kita, kulit kita ketika itu dalam mod pembaikan. Dengan kata lain, waktu malam memberi kulit kita peluang untuk pulih dari sebarang kerosakan di siang hari.
Ingat nak muka cantik bersih, mula lakukan sekarang.
Selamat Beramal!