Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia suka makan pedas, rasa pedas membara membuatkan deria rasa dikunci dengan rasa kepuasan apabila menjamah makanan!
Cuba bayangkan jika kamu menikmati Nasi Lemak tanpa sambal atau Mihun Sup tanpa kuah cili kicap. Dan bayangkan jika masakan tanpa menggunakan serbuk cili atau rempah ratus untuk memberi rasa pedas, pasti rasa masakan tidak memberi kepuasan maksimum pada lidah!
Jadi apa sebenarnya yang terdapat pada cili sehingga membuatkan ramai orang begitu mengidamkannya. Kenapa mulut seolah-olah rasa di bakar apabila memakan cili padi dan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kepedasan.
Apa Itu Kepedasan
Untuk menjawab semua persoalan ini, perkara pertama yang harus kita kenal pasti adalah apa itu sebenarnya yang di maksudkan dengan kepedasan. Kepedasan bukanlah rasa seperti masin atau manis, ianya merupakan sebatian yang menjadi pengera kepada deria neuron yang dikenali sebagai polymodal nociceptors.
Deria ini akan menjadi aktif apabila mengalami rasa panas atau haba yang kuat. Jadi apabila kita memakan cili padi, otak akan tertipu dengan berfikir ianya terbakar dan membuatkan mulut kita berasa seperti di bakar dengan api.
Bukan cili sahaja, kalau kita makan menthol atau gula-gula getah yang berangin atau manis, ia akan menjadi penggera kepada deria kita.
Maka tidak hairanlah jika kita memakan sesuatu yang pedas, ia akan membuatkan tubuh percaya bahawa ia adalah sumber haba yang berbahaya dan mencetuskan tindakbalas terhadap sistem.
Adakah Semua Jenis Rempah Punya Tahap Kepedasan Yang Sama?
Adakah rempah ratus yang terdapat di pasaran mempunyai tahap kepedasan yang sama, jawapannya adalah tidak. Ini adalah kerana ia bergantung kepada jumlah sebatian yang terkandung dalam rempah ratus tersebut. Setiap jenis rempah ratus mempunyai jumlah sebatian yang berbeza-beza.
Seperti contoh lada hitam dan cili mengandungi sebatian seperti capsaicin dan piperine yang mana ia terbentuk dalam molekul yang kemudian molekul tersebut tinggal di lidah kerana saiznya yang besar. Jadi tidak hairanlah lidah akan berasa seperti terbakar kerana molekul tersebut berada pada lidah!
Manakala molekul yang terdapat dalam mustard, horseradish dan wasabi pula memiliki molekul bersaiz kecil dan mudah terapung sehingga ke hidung! Sebab itu hidung kamu akan berasa tidak selesa.
Para penyelidik menggunakan skala Scoville bagi mengetahui tahap kepedasan sesuatu makanan. Skala tersebut di ukur menerusi jumlah capsaicin yang terdapat dalam makanan. Bagi petani dan gastronomi, mereka telah lama mencari rempah ratus yang memberikan tahap kepedasan yang kuat.
Dan menerusi pencarian, di dakwa dua nama ini Trinidad Moruga Scorpion dan Carolina Reaper memiliki tahap kepedasan seperti cili dan lada. Kalau dah pedas macam cili dan lada, memang pedas betullah rempah ni.
Sejarah Rempah Ratus
Menurut sejarah, ianya tidak dapat diketahui bila manusia pertama yang mula-mula menanam cili tetapi sekitar 23,000 tahun yang lalu, sebuah tapak arkeologi lama menemui kewujudan rempah ratus dan tujuan rempah tersebut tidak di ketahui.
Manakala sebuah artifak berusia 6,000 tahun ditemui dan menunjukan bahawa rempah merupakan sumber yang boleh di makan dengan penemuan ikan yang di awet dan daging yang bersalut dengan mustard. Segelintir penyelidik mempercayai rempah ratus digunakan sebagai bahan pengawet.
Jadi Apa Sebab Utama Manusia Suka Pada Kepedasan?
Ianya bergantu bagi individu tersebut, ada yang suka makan makanan pedas kerana inginkan rasa panas seperti terbakar pada lidah dan tekak. Ada yang ingin merasai kepuasan haba dan membuatkan diri tidak berhenti mencari makanan pedas.
Selain itu, ada juga kajian berpendapat bahawa orang yang menyukai makanan pedas juga menikmati, melakukan aktiviti yang mengujakan sehingga berasa sel adrenalin dalam diri menggelegak!
Dan ada juga yang menyatakan genetik juga mempengaruhi diri seseorang sama ada menggemari makanan pedas atau sebaliknya. Jadi sebenarnya banyak faktor yang boleh menjadi sebab mengapa kita semua suka makanan makanan pedas.
Kamu suka makan makanan pedas? Kalau suka kita geng!