Siapa sangka akibat tabiat menggigit kuku, nyawa boleh terancam!
Begitulah nasib seorang wanita yang berasal daripada Scotland ini. Dirinya di jangkiti virus yang boleh membawa maut, gara-gara tabiatnya menggigit kuku. Berita ini dikongsikan oleh rakan wanita berkenaan yang bernama Karen Peat.
Karen berkongsi beberapa gambar yang di muat naik di laman sosialnya, yang menunjukan jari rakannya yang menjadi bengkak dan kekuningan akibat jangkitan.
Selepas jari rakannya menjadi bengkak, mereka terus mendapatkan rawatan di Glasgow Royal Infirmary. Ternyata selepas pemeriksaan dilakukan, pihak perubatan memberitahu untuk melakukan pembedahan segera pada jari wanita tersebut.
Jika tidak jangkitan tersebut akan merebak sehingga ke bahagian lengan dan boleh membawa maut, jika tidak dirawat dengan segera.
Pesanan Untuk Nail Biter!
Karen terpanggil untuk berkongsi kisah rakannya itu, akan tabiat buruk serta kesannya terhadap kesihatan.
“Mesej untuk ke semua penggigit kuku di luar sana, BERHENTI!! Seseorang yang saya kenali (tidak mahu namanya diketahui) menggigit kuku dan akhirnya terpaksa dikejarkan ke pusat rawatan Glasgow Royal Infirmary hari ini.
Dan terpaksa melakukan pembedahan kecemasan kerana kukunya telah mendapat jangkitan yang berbahaya.
Dia telah bertemu dengan dua orang dari farmasi yang berlainan beberapa hari lalu dan mendapat nasihat menggunakan magnesium sulphate dan menggunakannya pada kuku.
Tetapi keadaan kukunya semakin teruk dan akhirnya terus mendapatkan rawatan di bahagian A&E pagi ini, kemudian pihak perubatan memberitahu tiada banyak masa yang tinggal jika di biarkan lebih lama jangkitan tersebut akan merebak sehingga ke lengan. Lalu pembedahan kecemasan dilakukan!
Jadi tolong berhenti menggigit kuku!!” jelas Karen.
Tabiat Mengigit Kuku, Berisiko Tinggi Jejaskan Kesihatan!
Menurut Healthline, tabiat menggigit kuku memberi beberapa kesan berisiko tinggi seperti jangkitan virus, merosakan sel tisu dan pertumbuhan kuku yang tidak normal.
Tabiat yang tidak baik ini juga akan menyebabkan perubahan bentuk struktur semulajadi kuku. Tambahan lagi, tabiat ini juga akan membawa penyakit-penyakit lain kepada tubuh. Malah tabiat ini juga boleh menjejaskan dan merosakkan gigi.
Meski sukar untuk membuang tabiat yang telah sebati dalam kehidupan harian, tetapi ianya bukanlah perkara yang mustahil untuk dilakukan yang penting kamu berdisiplin dan memikirkan kesan terhadap kesihatan diri.
Antara tips yang boleh digunakan buat nail-biter tegar dari berterusan melakukan tabiat tersebut adalah:
- Sentiasa memotong pendek kuku jari
- Rajin lakukan rawatan manicure
- Lakukan aktiviti mewarnakan kuku
Jika kamu sayang diri kamu, buang tabiat menggigit kuku ini demi kesihatan diri.