Pernah tak korang bayangkan bagaimanalah rupa idola kegemaran semasa mula-mula debut dalam industri.
Hah, Wanista sebenarnya teringin nak tahu macam manalah rupa Ariana Grande yang kecil molek ni, masa dia mula-mula baru debut dalam industri hiburan. Adakah wajahnya sama atau berlainan, dari segi fesyen pula banyak tak berubah.
Almaklum, penyanyi bersuara besar ni memiliki bakat yang besar dan pastinya ramai nak tahu transformasi diri Ariana Grande dari dulu sehingga sekarang bukan. Lagi satu, Ariana ni memang kurus dari dulu ke macam mana. Kalau nak tahu semua ni, kena baca sampai habislah kupasan hari ni!
Transformasi Ariana Grande Dalam Dunia Hiburan
Bintang luar biasa ini telah mula membuat kemunculan dalam industri hiburan semenjak dirinya berusia 15 tahun lagi.
Ariana mulakan perjalanan dengan terlibat dalam pementasan di Broadway semasa berusia 15 tahun dan kemudian terlibat dalam beberapa program televisyen sebagai watak kecil seperti ‘Victorious’, ‘Sam & Cat’ dan mula menjinakkan diri dalam dunia muzik.
Ariana mula serius dalam bidang muzik dan telah berjaya menghasilkan lima album hebat seperti:
- Yours Truly (2013)
- My Everything (2014)
- Dangerous Woman (2016)
- Sweetener (2018)
- Thank U, Next (2019)
Jom kita lihat bagaimana rupa Ariana sewaktu mula debut dan lihat transformasi dirinya dari dahulu sehingga sekarang!
2008 – Usia 15 Tahun Bukan Penghalang Kejayaan!
Ariana buat kemunculan debut pertama dengan mengambil bahagian dalam lakonan di ‘Broadway’ sebagai cheerleader Charlotte. Alahai comel je tengok wajah Ariana sewaktu mula-mula debut ni!
2013 – Tahun Bertuah Dengan Album Debut ‘Yours Truly’ Pada Carta No.1 Billboard
Album debut pertama Ariana ‘Yours Truly’ telah meletakkan penyanyi manis ini tangga pertama dalam kategori Billboard 200. Album tersebut telah membuatkan nama Ariana mula dikenali ramai.
2015 – Konsert Jelajah Pertama ‘Honeymoon Tour’ Yang Gempak!
Ariana tampil kelihatan seksi dan bertenaga sungguh pada konsert jelajah pertamanya! ‘Honeymoon Tour’ merupakan konsert jelajah debut Ariana pada tahun 2015 dengan 81 tarikh yang berlainan di Amerika Utara, Asia, Eropah dan Amerika Selatan.
2016 – Rangkul Gelaran ‘Artist of The Year’
Bukan biasa-biasa Ariana ni, pada tahun 2016 Ariana bawa pulang trofi ‘artist of the year’ semasa majlis Anugerah Muzik Amerika di Los Angeles!
2018 – Bolot Carta No.1 Tujuh Minggu Berturut-turut
Apabila Ariana menguasai carta lagu! Setiap kali Ariana mengeluarkan album lagu terbaru, pasti lagu-lagu tersebut tercalon dalam kedudukan tertinggi. Begitulah album hit ‘Thank U, Next’ ini telah mendominasi carta lagu pada kedudukan sama selama tujuh minggu berturut-turut!
Kompilasi Fesyen Ariana Di Karpet Merah
#1 Sweet 15! (2008/2009)
#2 ‘Daring’ Dengan Gaun Korset Hitam Seksi! (2013)
#3 Kelihatan Anggun Dengan Gaun Off-Shoulder! (2015)
#4 ‘Born As Queen!’ (2016/2017)
#5 Tak Pernah Tak ‘Stunning’, Aumm! (2018/2019)
#6 Serius Macam Permaisuri, Vogue Habis! (2020)
Perasan Tak?
Perasan sesuatu tak, sejak Ariana mula debut pada tahun 2008 sehinggalah pada tahun 2020 Ariana mantain kurus dan bergaya! Lagi satu, warna kulit Ariana daripada putih terus bertukar gelap. Kenapa ye?
Pelik, orang lain nak putih, si Ariana nak gelap pula!