Penulis merupakan peminat warna hitam. Kenapa? Sebab hitam warna yang paling mudah untuk disuai padan dengan apa warna fesyen sekali. Hitam juga boleh membuatkan seseorang kelihatan lebih kurus daripada sebenar. Betul ke?
Baca : Siapa Yang Suka Warna Hitam Memang Sangat Beruntung!
Pernah tak anda mendengar kata-kata seperti “nak nampak kurus sila pakai warna hitam?” Namun, adakah benar kepercayaan memakai baju warna ini boleh buat tubuh badan anda nampak lebih kurus? Atau ia hanya seksdar mitos semata-mata?
Warna hitam buat anda nampak kurus?
Pakar menjelaskan memakai pakaian berwarna gelap seperti hitam tidak akan buat anda jadi kurus, tapi mungkin boleh membuat anda nampak lebih kurus.
Sebabnya warna ini mempunyai keupayaan untuk menyorok sebarang gangguan visual. Mata individu yang memandang anda akan teralih dari apa-apa gangguan visual pada tubuh badan anda akibat daripada kesan memakai pakaian warna ini.
Erti kata yang lain, warna hitam boleh menyorokkan sebarang gangguan visual yang diperkatakan di atas, termasuklah bentuk tubuh badan anda. Kesannya, anda mungkin akan kelihatan langsing di mata orang yang memandang.
Kaitan warna hitam dengan sains
Menurut kajian yang dilakukan oleh State University of New York, ini semua mempunyai kaitan dengan cara mata kita melihat sesuatu perkara berdasarkan warnanya. Neuron yang terdapat dalam otak kita sering kali akan memperbesarkan rangsangan cahaya yang masuk ke dalam mata kita.
Jadi, jika anda merupakan seorang yang berbadan kecil, mengenakan pakaian yang berwarna terang mungkin akan menampakkan anda sedikit berisi. Namun, jika bentuk tubuh badan anda sedikit gemuk, sila pakai pakaian yang berwarna gelap agar anda tampak lebih langsing.
Kesimpulan, warna yang terang akan nampak lebih besar dan warna yang gelap akan kelihatan lebih kecil.