IKLAN
Kecantikan

Stail Rambut ‘Ikat Reben’ Tengah Popular Sekarang, Penuh Di Instagram

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Stail Rambut ‘Ikat Reben’ Tengah Popular Sekarang, Penuh Di Instagram

Pejam celik pejam celik, kita sudah sampai ke akhir Januari.

IKLAN

Apa resolusi baru yang sudah anda kecapi? Baiklah, Wanista nak tanya, ada sesiapa di sini yang resolusinya nak mengubah stail rambut? Atau mahukan imej baru? Mungkin kamu boleh tiru stail yang tengah ‘in’ di Instagram sekarang.

Ikatan rambut separuh merupakan stail paling bergaya masa kini. Rata-rata influencer menggayakan stail rambut ini. Kata mereka, ia memberi impak berbeza ke dalam penampilan, nampak lebih comel, manis, muda seperti gadis belasan tahun.

Caranya biarkan rambut terurai, ikat separuh ke belakang menggunakan klik rambut yang simple, skaf, reben, atau getah rambut. Serta-merta rambut yang simple tampak lebih cantik malah penampilan lebih menarik.

Lebih jelas, lihat beberapa contoh di bawah:

#1

Foto – Pinterest

#2

Foto – Pinterest

#3

Foto – Pinterest

#4

Foto – Pinterest

#5

Foto – Pinterest

#6

Foto – Pinterest

#7

Foto – Pinterest

Sekarang banyak jenama fesyen dan kecantikan menggunakan reben yang cantik-cantik untuk membungkus produk atau kotak hadiah, jadi daripada dibuang, cuba menggayakan dengan apa jua cara yang anda mahukan.

Selamat Beramal!