IKLAN
Kecantikan

Terliur Tengok Koleksi Mekap Etude House x Hershey’s Terbaru Ni

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Terliur Tengok Koleksi Mekap Etude House x Hershey’s Terbaru Ni

Kamu suka coklat, bagaimana pula dengan mekap yang berinspirasikan coklat?

IKLAN

Berita baik buat penggemar coklat, Etude House mengeluarkan koleksi produk mekap bersama Hershey’s yang pasti akan buat kamu rasa nak makan apabila melihat koleksi mekap Etude House x Hershey’s ini.

Etude House bakal keluarkan koleksi mekap di bawah label Hershey’s dan menariknya koleksi mekap yang bakal dipasarkan ini menampilkan rangkaian produk seperti pembayang mata, lip tints dan berus mekap. Kamu rasa rangkaian produk yang dikeluarkan biasa-biasa saja.

Jangan pandang sebelah mata! Ini bukan koleksi barangan kosmetik yang biasa-biasa tetapi luar biasa dan lain daripada yang lain. Bungkusan untuk mekap pembayang mata palet mini ini dihasilkan dalam bentuk coklat bar dan ianya di bungkus dalam pek plastik coklat bar.

Foto – Facebook Etude House

Etude House ingin memberikan pengalaman kepada pencinta kosmetik untuk berasa teruja membuka bungkusan bar coklat yang mengandungi palet mini pembayang mata, seolah-oleh seperti membuka bungkusan coklat bar makanan tetapi ianya versi mekap!

Idea yang menarik bukan?

Tambahan lagi, warna-warna dalam palet mini pembayang mata ini mengambil inspirasi dari coklat bar Hershey’s sendiri iaitu ‘Cremy Milk Chocolate’ dan ‘Cookies N’ Creme’. Yummy!

Palet Mini Pembayang Mata Creamy Milk Chocolate

Foto – Arkib Wanista

Palet Mini Pembayang Mata Cookies N’ Creme

Foto – Arkib Wanista

Tengok pembayang mata dalam bentuk coklat bar ini pun, dah buat kita semua terliur! Jangan lupa, selain pembayang mata, Etude House x Hershey’s juga mengeluarkan produk lip tints juga. Sumpah cakap, warna lip tints yang dikeluarkan cantik sangat!

Lip tints yang dikeluarkan menawarkan dua pilihan warna iaitu Almond Choco’ dan ‘Hazelnut Choco’. Warna-warna yang dihasilkan ini sangat sesuai untuk wanita masa kini yang gemarkan warna-warna gradient!

Foto – Arkib Wanista

Lip Tints Hazelnut Choco

Foto – Girl Style

Lip Tints Almond Choco

Foto – Girl Style

Dan akhir sekali adalah produk berus mekap Hershey’s, beruspun lawa sangat macam coklat Hershey’s juga! Alahai, serius cair tengok nak gunapun sayang. Etude House x Hershey’s mengeluarkan dua jenis berus mekap yang mengambil inspirasi dari coklat bar ‘Creamy Milk Chocolate’ dan ‘Cookies N’ Creme’.

Foto – Popbee

Koleksi mekap Etude House x Hershey’s ini bakal berada di pasaran menjelang 1 Februari 2020 ini nanti. Bookmark tarikh tersebut semua, jangan ketinggalan untuk dapatkan koleksi mekap terbaru dari Etude House ini.

Untuk ketahui informasi terkini mengenai koleksi mekap Etude House x Hershey’s, kamu boleh layari laman web Etude House atau lawati laman sesawang Facebook Etude House dan Instagram Etude House.

Rujukan: 1, 2, 3,