IKLAN
Fesyen

Pertama Kali H&M Kolaborasi Bersama Pereka Fesyen Bollywood, SABYASACHI

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Pertama Kali H&M Kolaborasi Bersama Pereka Fesyen Bollywood, SABYASACHI

H&M dengan bangganya mengumumkan kolaborasi global bersama pereka elit Bollywood yang ikonik iaitu Sabyasachi Mukherjee. Kolaborasi Sabyasachi x HM dengan tema “Wanderlust”, bakal dilancarkan pada 16 April 2020 ini nanti.

IKLAN

Kolaborasi ini merupakan yang pertama di India, ini menunjukkan bahawa HM ingin melebarkan sayapnya dalam pasaran India menerusi gabungan fesyen moden dan tradisional bersama pereka fesyen elit Sabyasachi ini.

Foto – Arkib Wanista

Sabyasachi merupakan pereka fesyen baju pengantin untuk golongan elit dan kaya di India. Boleh dikatakan hampir semua rekaan yang dikeluarkan oleh Sabyasachi, sering menjadi pilihan bakal pengantin yang inginkan busana anggun, eksklusif dan mewah untuk hari bahagia mereka.

Foto – FB Sabyasachi

Menerusi nama yang telah kuat dibina oleh Sabyasachi, H&M ingin menembusi pasaran India melalui kolaborasi bersama pereka hebat ini.

Sabyasachi Mukherjee bukan saja seorang pereka fesyen, malah dirinya juga seorang bos besar! Sabyasachi merupakan pengasas syarikat fesyen dan barang kemas dengan label nama ‘SABYASACHI’.

Foto – FB Sabyasachi

Pereka fesyen hebat ini, memiliki lima butik flagship di seluruh India yang menawarkan rekaan yang trendy, pakaian yang sedia untuk di pakai dan juga aksesori barang kemas.

Selain itu, Sabyasachi juga telah menubuhkan yayasan ‘Sabyasachi Art Foundation’, di mana yayasan ini mempamerkan koleksi tekstil India yang kaya dan penuh dengan kesenian serta sejarah yang unik. Yayasan ini ditubuhkan khas untuk ibunya yang juga merupakan seorang artis seni.

Foto – FB Sabyasachi

Koleksi Sabyasachi x H&M ini bakal menawarkan rangkaian fesyen lengkap untuk lelaki dan wanita berserta dengan aksesori. Koleksi ini dijangka bakal berada di semua stor H&M di India, stor flagship yang terpilih di seluruh dunia dan juga stor dalam talian www.hm.com.

IKLAN