Fesyen

Pakai Dress Nampak Payudara, Millie Bobby Brown Kena Hentam Lagi

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Pakai Dress Nampak Payudara, Millie Bobby Brown Kena Hentam Lagi

Walaupun baru 15 tahun, aktres Millie Bobby Brown sudah diangkat sebagai ikon untuk generasi pada hari ini.

IKLAN

Menghadirkan diri ke SAG Awards 2020, Millie pukau netizen dalam persalinan putih Louis Vuitton. Di mana dia memakaiย dress lengan panjang dengan tali pinggang dan disesuaikan dengan seluar sepadan, ramai yang cakap fesyenya tidak ubah seperti seorang pengantin.

Foto – Getty

Tapi anda rasa pemilihan fesyen Millie terlalu seksi untuk gadis 15 tahun?

Memang ramai yang memuji tapi yang mengutuk dan mengkritik juga tak kurang hebatnya. Netizen merasakan potongan di bahagian payudara (cleavage) Millie agak terdedah dan kurang sopan untuk gadis remaja. Malah, ada yang cakap Millie nampak tua dalam balutan dress tersebut, sedangkan dia baru 15 tahun.

Foto – Getty

Bercakap tentang pakaiannya, Millie memberitahu; “Saya mahukan kombinasi maskulin dan feminin pada masa yang sama, danย Louis Vuitton berikan apa yang kehendaki.”

Pada penulis, Millie kelihatan cantik dan manis sekali pada malam SAG Awards. Dan cleavage yang dikatakan tidaklah seksi mana, cuma jika anda tidak mengenalinya mungkin merasakan gadis muda ini sudah 20-an.

Foto – Getty

Ya diakui rupa paras Millie memang nampak tua dari usia sebenar.