IKLAN
Makanan

Sila Masukkan Sayur Terung Dalam Pelan Diet Kalau Nak Kurus

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Sila Masukkan Sayur Terung Dalam Pelan Diet Kalau Nak Kurus

Siapa peminat terung, kita sama geng! 

IKLAN

Bila lihat terung, terus terbayangkan goreng tepung, terung sambal, dalca terung dan bermacam-macam lagi. Jangan asyik makan sahaja tapi langsung tak tahu khasiat tersembunyi.

Tahukah, terung kaya dengan nutrien. Ia mengandungi sejumlah besar vitamin, mineral dan serat dalam beberapa kalori. Terung juga mengandungi sedikit nutrien lain seperti niacin, magnesium dan tembaga. Oleh itu, ia membantu dalam penurunan berat badan, memberi manfaat kepada wanita hamil serta banyak lagi.

Foto – Nature

Jadi, sebaiknya tambah sayuran ini dalam pelan diet anda untuk mendapat manfaat lumayan.

Kaya Dengan Antioksidan

Terung mempunyai sifat antioksidan yang tinggi. Ia membantu melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Malah boleh juga menghalang banyak penyakit kronik seperti jantung dan kanser.

Mengawal Gula Dalam Darah

Terung juga membantu mengekalkan tahap gula anda. Hal ini kerana terung kaya dengan serat, yang melalui saluran sistem penghadaman. Serat boleh menurunkan gula darah dengan melambatkan kadar pencernaan dan penyerapan gula dalam tubuh. Penyerapan yang lebih perlahan akan mengekalkan tahap gula dalam darah dan menghalangnya daripada meningkat.

Penurunan Berat Badan

Terung kaya dengan serat dan mengandungi rendah kalori membuatkan ia sangat sesuai dijadikan diet untuk mengurangkan berat badan. Serat melambatkan proses penghadaman serta membuatkan anda kenyang lebih lama. Jadi, pengambilan makanan akan dapat dikurangkan. Ditambah dengan jumlah kalorinya yang rendah, sayur boleh digantikan dengan makanan tinggi kalori yang lain.

Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Oleh kerana kandungan antioksidan, terung boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Terung mempunyai tahap kolesterol dan trigliserida LDL yang lebih rendah.

Jadi, siapa yang tak makan terung, sebaiknya mula amalkan dari sekarang.

IKLAN

RUJUKAN