Info Menarik

Tengok Telinga, Kalau Capang Memang Beruntung!

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Tengok Telinga, Kalau Capang Memang Beruntung!

Lihat telinga anda, bagaimana bentuknya? Jika ia agak besar dan lebar daripada saiz normal maka itulah telinga capang. Secara saintifik, jika seseorang individu mempunyai bukaan kelopak telinga lebih daripada 2cm dari pada sisi kepala, maka ia dianggap sebagai telinga capang.

IKLAN
Gif

Dilaporkan si telinga capang miliki tahap keyakinan diri yang rendah dek kerana penampilan fizikal yang berbeza daripada orang normal. Tapi sebenarnya, mereka inilah yang dibanggakan kerana punya keunikan serta kelebihan yang ramai orang cemburu.

Pintar Dan Disukai Ramai

Masyarakat dahulu mempercayai sesiapa yang mempunyai telinga capang lebih memberontak dan tidak membawa perlambangan yang baik. Namun berbeza untuk tafsiran masyarakat hari ini, invidivu ini dikatakan antara yang paling beruntung dan mempunyai kelebihan sendiri.

Foto – Getty

Hal ini kerana mereka lebih terbuka, mempunyai pandangan dan pilihan tersendiri dan suka melakukan apa jua kerja dengan cara yang tersendiri – orang kata mereka ini sangat kreatif. Mereka juga gemar mencipta sesuatu yang baru dan tidak sekadar mengikut sahaja.

Tahukah, ada kajian menunjukkan ramai individu lebih mudah tertarik kepada bentuk telinga kanak-kanak yang capang. Pada mereka, kanak-kanak bertelinga capang cenderung antara kana-kanak yang paling pintar dan disukai ramai, personaliti mereka yang riang ternyata mendapat respon positif.Β Bukan itu sahaja, kanak-kanak bertelinga capang dianggap lebih comel berbanding kanak-kanak lain.

Foto – The Star Online

Ingat walau apa sahaja kekurangan pada diri sendiri, janganlah sampai terfikir nak mengubahnya. Tuhan dah cipta setiap individu dengan kelebihan masing-masing, jadi hargailah! Bentuk telinga capang ke, hidung kembang ke, pipi berlesung pipit, mata sepet – semua orang ada kemanisan sendiri, tak perlu nak cemburu satu sama lain.

RUJUKAN :Β 1,Β 2