IKLAN
Fesyen

Fesyen Karpet Merah SAG Awards 2020, Tengok Gaun Mana Paling Cantik

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Fesyen Karpet Merah SAG Awards 2020, Tengok Gaun Mana Paling Cantik

Walaupun berlangsung semalam tapi penulis masih merasai kehangatan SAG Awards 2020. Lagi pula bila barisan pelakon filem Korea Parasite dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama untuk lakonan terbaik, sekaligus mencipta sejarah baru.

IKLAN

Sekarang merupakan musim anugerah di Hollywood, jadi pelbagai fesyen baru manjadi perhatian dunia. Mungkin salah satu merupakan trend 2020 atau sekadar boleh kita jadikan inspirasi untuk majlis-majlis istimewa nanti.

Antara banyak-banyak busana, di bawah antara yang cantik dan memikat. Ensemble mereka cukup menyerlahkan penampilan ditambah dengan permainan warna lembut, garang – semuanya terletak elok di tubuh.

Scarlett Johansson

Paling banyak menjadi bualan mulut ramai adalah gaun rekaan Armarni Prive yang disarung oleh Scarlett Johansson. Gaun organza rona emerald mengikut potongan susuk tubuh cukup menyerlahkan lagi penampilan seksi Scarlett yang terkenal dengan fizikal seksi.

Foto – Getty

Zoe Kravitz

Mata penulis cukup tertarik melihat gaun peach Oscar de la Renta yang dipakai Zoe Karvitz. Walau ringkas tapi nampak manis, ditambah pula dengan sarung tangan putih sebagai aksesori pemanis untuk penampilannya.

Foto – Getty

Jennifer Garner

Gaun ala Cinderella tapi versi seksi serius antara yang tercantik di SAG Awards. Lagi pula bila disarung oleh aktres cantik manis Jennifer Garner. Gaun kembang merah memikat itu merupakan rekaan eksklusif dari Dolce & Gabbana.

Foto – Getty

Joey King

Aktres muda Joey King juga tidak kurang hebat dalam gaun hitam manik meleret rekaan Jason Wu. Mengenakan solekan smokey eyes memberi imej dewasa pada penampilan.

Foto – Getty

Cynthia Erivo

One of the best! Dari jauh dah kelihatan aktres berbakat Cynthia Erivo. Tampil mempesona dalam gaun bertingkat colorblocking istimewa dari Schiaparelli memberi imej manja dan cheeky.

IKLAN
Foto -Getty

Millie Bobby Brown

Bila yang lain memilih untuk menyarung gaun semata, aktres muda Millie Bobby Brown tampil 2-dalam-1, feminin dan maskulin. Millie mengenakan ensemble putih Louis Vuitton, di mana dress lengan panjang dengan tali pinggang dan disesuaikan dengan seluar sepadan.

Foto – Getty

Look yang sangat comel dan manis sekali! Lili Reinhart bagaikan seorang puteri kayangan dalam balutan gaun hitam dan putih rekaan Miu Miu.

Foto – Getty

Bintang siri Big Little Lies membuat penampilan paling grand dalam gaun rona oren dari koleksi Valentino. Gaun ini membuatkan dia kelihatan cukup segar, remaja riang dan berseri sekali.

Foto – Getty

Jennifer Lopez

Walaupun persembahannya dalam filem Hustlers gagal meraih pencalonan Oscars 2020, J.Lo tetap tidak mahu kalah dalam berfesyen. Lihat sahaja dia menayang susuk tubuh menggiurkan dalam gaun hitam baldu Georges Hobeika.

Foto – Getty

Winona Ryder

Gaun hitam bertuxedo dari Dior Haute Couture yang disarung oleh Winona Ryder memberi pandangan yang berbeza  yang mempesona. Keunikan dan kelainannya menarik perhatian Majalah Vogue sehingga tersenarai antara best dressed SAG Awards 2020.

Foto – Getty

Buruk

Sorry to say, ramai cakap gaun putih krim Jennifer Aniston antara yang cantik tapi pada penulis biasa-biasa sahaja. Tiada yang baru, lagi pula bila aktres 50 tahun ini tidak mengenakan bra jadi nampak payudaranya sangat ‘melayut’, entah kelihatan tak manis bila dipandang.

Foto – Getty

Jadi yang mana pilihan pembaca Wanista? Tiga favorite penulis ialah Zoe Karvitz, Cynthia Erivo dan Millie Bobby Brown.