“Saya juga sebahagiannya bertanggungjawab” – Taeyang
Baru-baru ini Taeyang bercakap mengenai kritikan negatif yang melanda BIGBANG bersama Esquire. Kritikan demi kritikan terhadap skandal yang terpalit pada ahli kumpulan idol legenda ini, tetap bertiup pada tahun 2020.
Sepanjang kumpulan ini mula debut pada tahun 2006 sehinggalah ke hari ini, antara skandal yang menjadi kontroversi adalah kes TOP dan G-Dragon di mana mereka berdua terlibat dengan pengambilan marijuana, suatu masa dahulu.
Dan tahun lepas, skandal besar yang memperlihatkan sisi gelap industri hiburan Korea iaitu ‘Burning Sun’, kelab malam milik Seungri yang terlibat dengan dadah, serangan seksual dan skandal memberi perkhidmatan seks kepada pelabur. Ianya antara kes skandal paling terbesar diantara ahli kumpulan BIGBANG yang lain.
Kemudian di ikuti dengan Daesung, kerana di dakwa terlibat dengan skandal ‘hiburan dewasa’ di mana bangunan miliknya dikatakan menjadi tempat kegiataan aktiviti tersebut.
Melihat keempat-empat anggota kumpulan idol yang memiliki sejarah dan kontroversi mereka sendiri, hanya Taeyang yang memiliki rekod bersih. Semasa sesi bersama Esquire, Taeyang diajukan pertanyaan mengenai adakah dirinya berasa tidak adil terhadap apa yang telah berlaku. Dan ini respon Taeyang.
“Saya mahu menyelesaikan semua isu dengan cara yang realistik dan bijaksana.
Sebahagian dari hayat saya, saya habiskan dalam BIGBANG dan sebahagian lagi saya habiskan sebagai Taeyang.
Dan hasilnya, saya memiliki banyak hubungan antara manusia yang terjalin menerusi kumpulan (BIGBANG) dan paling penting sekali saya menerima banyak kasih sayang dan sokongan dari peminat yang menjadi sebahagian dalam kumpulan.
Jadi ianya bermaksud, saya juga sebahagian bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku,” ujar Taeyang jujur.
Meski waktu ini adalah saat yang getir dan sukar buat BIGBANG, tetapi Taeyang tidak melatah, sebaliknya terus kuat dan menjadi tulang belakang ahli kumpulannya.
“Tidak kira apa jua keputusan yang kami buat, kami tetap akan di lihat dengan pandangan yang negatif dan kami tidak tahu untuk berapa lama ianya akan berterusan.
Kami berfikir dengan mendalam tentang apa yang kami akan lakukan selepas saya keluar dari perkhidmatan ketenteraan.
Dan kemudian, tiba sesuatu yang tidak di sangka apabila kami menerima tawaran dari Coachella. Dan kami bersetuju menerima tawaran tersebut,” katanya lagi.
Sebelum ini, Taeyang juga pernah berkongsi mengenai hala tuju BIGBANG, semasa dirinya masih lagi dalam perkhidmatan di kem Gyeonggi-do Yongin.
“Kami perlu berfikir dengan bijaksana. Kami akan berfikir dengan mendalam dan akan membuat keputusan di antara kami.
Kami juga mahu buat kemunculan kembali dan menunjukan sebahagian diri kami yang tidak dapat tunjukan semasa kami berada dalam perkhidmatan ketenteraan,” ujar Taeyang.
Kini selepas Seungri mengundur diri dan bersara dari dunia hiburan, BIGBANG menjadi kumpulan idol dengan empat orang ahli kumpulan.
Meskipun BIGBANG kini tinggal empat orang ahli, namun peminat tegar mereka VIP tetap setia menanti kemunculan idol mereka dan suatu hari nanti semua kritikan dan tohmahan negatif akan hilang.
Semoga Taeyang kekal menjadi tulang belakang ahli kumpulan dan mereka semua dapat harungi segala isu yang mendatang dengan kuat.