Kecantikan

Jenama Eyebrow Pencil Paling Bagus Menurut Pekerja Sephora

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Jenama Eyebrow Pencil Paling Bagus Menurut Pekerja Sephora

Bagi wanita aktiviti seperti bertatarias dan bersolek merupakan perkara rutin yang dilakukan oleh mereka setiap hari. Wanita akan berasa seperti ‘tidak bersiap’ atau ‘tidak lengkap’ jika keluar tanpa mengenakan mekap.

IKLAN

Oleh sebab itu, jika kaum wanita ingin ke tempat kerja, ke kedai untuk membeli barang, hatta ke sekolah atau universiti sekalipun mereka mesti bersolek.

Wanita sangat mementingkan penampilan diri, jadi sesibuk manapun atau selambat macam manapun mereka. Wanita tetap akan bersolek, meskipun bersolek dengan cara paling ringkas iaitu mengenakan gincu dan mengukir bulu kening menggunakan pensil kening sahaja.

Foto – She Amazing

Menyentuh mengenai pensil kening atau eyebrow pencil, wanita biasanya akan mencari jenis pensil kening yang mudah digunakan, cepat, ringkas dan memberikan hasil yang sangat cantik. Kriteria-kriteria untuk mencari pensil kening sebegini selalu membuatkan wanita runsing atau keliru nak beli jenama apa.

Almaklum, terlalu banyak jenama-jenama dari dalam dan luar negara yang mengeluarkan produk pensil kening sekarang ini.

Foto – Davina Diaries

Bagi wanista, ingin mencari jenama pensil kening yang bagus, mudah, ringkas dan memberi hasil yang mengagumkan, semuanya ada di Sephora. Kenapa di Sephora kerana mereka mengeluarkan produk yang high end dan berkualiti tinggi.

Baik produk kosmetik jenama tempatan mahupun luar negara, semua jenis bercitarasa tinggi. Dan sudah tentulah hargapun sesuai dengan kualiti barang yang di pasarkan.

Untuk kupasan kali ini, wanista senaraikan beberapa jenama pensil kening yang paling bagus dan sesuai untuk wanita menurut pekerja di Sephora!

IKLAN

#1 Benefit Cosmetics

Foto -Arkib Wanista

Menurut beautician Sephora, jenama Benefit Cosmetics merupakan jenama nombor satu di Sephora yang specialized dalam pengeluaran eyebrow pencil. Antara jenis pensil kening yang disarankan oleh beautician adalah jenis ‘Precisely, My Brow Pencil’ dan ‘Goof Proof Brow Pencil’.

Precisely, My Brow Pencil

Foto – Arkib Wanista

Goof Proof Brow Pencil

Foto – Arkib Wanista

Kekuatan: Pensil kening dari jenama Benefits Cosmetics memiliki warna-warna yang terang dan teksturnya sangat bagus dan sesuai dengan kulit wanita asia. Tambahan lagi, pensil kening jenama Benefit sangat tahan lama sehingga 12 jam.

Tips Beautician:

  • Bulu kening Lebat – guna pensil kening ‘Precisely, My Brow Pencil’ kerana pensil kening ini adalah jenis muncung tirus dan ianya mudah untuk kamu bentuk bulu kening yang lebat, serta kamu juga dapat warnakan bahagian dalaman bulu kening dengan kemas dan tidak keterlaluan.
  • Bulu kening halus – guna pensil kening ‘Goof Proof Brow Pencil’ kerana pensil kening ini adalah jenis muncung besar dan ianya sesuai digunakan untuk kamu yang memiliki bulu kening yang jenis halus, agar kening kamu tampak lebat dan banyak.

#2 Anastasia Beverly Hills

Selain itu jenama Benefit, jenama pensil kening dari Anastasia Beverly Hills merupakan jenama kedua yang popular dan menjadi pilihan pakar perunding kecantikan di Sephora. Antara jenis pensil kening dari Anastasia yang disarankan oleh perunding kecantikan Sephora adalah jenis ‘Brow Wiz’.

Anastasia Brow Wiz

Foto – Arkib Wanista

Kekuatan: Pensil kening ini dapat menutup bulu-bulu kening yang tumbuh tidak sekata dengan berkesan. Selain itu, pensil kening ini dapat membentuk kening dengan mudah dan warnanya juga sangat menarik.

Tips Beautician:Β 

  • Pensil kening ini sangat bagus untuk membentuk kening yang runcing dan tirus. Muncung pensil kening yang tirus membuatkan pengguna dengan mudah untuk melukis dan mewarna kening.
  • Dan ianya antara jenama mekap yang bagus untuk beginner yang baru berjinak-jinak untuk belajar melukis kening.

#3 Tarte

Pensil kening jenama Tarte juga mengeluarkan produk pensil kening yang sesuai buat wanita yang memiliki kulit yang sensitif. Pensil kening dari jenama Tarte ini menggunakan bahan dari alam semulajadi. Antara pensil kening yang disarankan oleh perunding kecantikan adalah ‘Waterproof Vegan Brow Pencils’.

Waterproof Vegan Brow Pencils

Foto – Arkib Wanista

Kekuatan: Pensil kening jenama Tarte ini memiliki pensijilan Vegan yang bermaksud, produk pensil kening ini tidak melibatkan sumber daripada haiwan dan pensil kening ini menggunakan bahan-bahan 100% dari sumber semulajadi.

Tips Beautician: Jika kamu memiliki kulit yang sensitif dan mahukan pensil kening yang tidak mengandungi bahan dari kimia mahupun di uji pada haiwan. Maka pensil kening jenama Tarte adalah pilihan terbaik untuk kamu.

#4 Fenty Beauty

Jenama dari Fenty Beauty juga turun tersenarai dalam jenama pensil kening yang bagus dan elok untuk digunakan. Teksturnya juga lembut dan serasi dengan warna pigmentasi kulit wanita asia.

Fenty Beauty Brow MVP Ultra Fine Brow Pencil & Styler

Foto – Arkib Wanista

Kekuatan: Rekaan batang pensil yang fit dan selesa dalam genggaman tangan dan ianya juga mudah untuk dilukis bagi melukis bentuk kening. Pensil kening ini merupakan jenis tirus dan mudah untuk wanita gunakan untuk melukis dan ianya juga dapat blend warna pada bulu kening dengan mudah.

Tips Beautician:Β 

  • Untuk dapatkan kening yang menawan dan lebih berdimensi, kamu harus lukis mengikut bentuk kening dan kemudian warnakan bahagian dalam kening dengan warna yang cair dan di bahagian luar pula, di warnakan secara pekat atau gelap.
Foto – Pinterest

Tapi dalam empat jenama ini, kamu masuk saja ke Sephora confirm pakar perunding kecantikan akan sarankan kamu guna jenama Benefit atau Anastasia bagi mencari pensil kening yang bagus dan berkualiti. Wanista guna pensil kening jenama Benefit, jenis ‘Precisely, My Brow Pencil ‘. Serius puas hati!