IKLAN
Kecantikan

Sephora Fahrenheit88 Lagi Besar Lagi Best, Macam-Macam Jenama Ada!

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Sephora Fahrenheit88 Lagi Besar Lagi Best, Macam-Macam Jenama Ada!

Jumaat bersamaan 11 Januari 2020, penulis berpeluang melawat kedai flagship Sephora terbesar di Malaysia yang terletak di Fahrenheit88.

IKLAN

Kedai flagship ini akan menawarkan jenama yang menarik & beberapa perkhidmatan baharu. Dengan keluasan lebih dari 17,000 kaki per segi, Sephora Fahrenheit88 akan menawarkan lebih daripada 100 pilihan jenama dan produk kecantikan dengan konsep reka bentuk kedai yang baharu dan ikonik.

Bila dah makin besar, banyaklah pembaharuan yang dilaku untuk memberi kesenangan kepada beauty junkies.

Produk Baru Makin Banyak

Sephora akan menawarkan sebilangan jenama eksklusif yang hanya boleh didapati di Sephora Fahrenheit88 iaitu Drunk Elephant, Tatcha, Bobbi Brown, La Mer, SK-II, Sulwhasoo, Aerin dan Maison Margiela.

Foto – Arkib Wanista

Kelebihan Ahli Gold

Ahli Gold Member boleh menikmati layanan istimewa seperti perkhidmatan membeli-belah peribadi (personal shopper) dan khidmat ukiran (engraving service) di Beauty Loft, suatu lounge peribadi eksklusif yang pertama di Sephora Malaysia.

Foto – Arkib Wanista

Kiosk Interaksi Mudah Pengguna

Kedai ini memaparkan integrasi teknologi dengan Kiosk Interaksi yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk bernavigasi di kedai – menyemak promosi terbaru, maklumat perkhidmatan dan acara-acara di Sephora seperti membaca Sephora Buying Guide dan katalog Rewards Boutique dan memain permainan yang mengujakan.

Foto – Arkib Wanista

Belajar Dunia Kecantikan Di Sephora Lounge

Sephora Fahrenheit88 akan menyediakan ruang seperti Sephora Lounge — sebuah ruang acara, dan The Studio — sebuah studio fotografi, untuk digunakan oleh rakan dagangan untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka di Malaysia.

Foto – Arkib Wanista

Khidmat Kecantikan Percuma

Perk Treatment by Hydrafacial & Perk Lips — suatu rawatan khusus yang menyegarkan untuk wajah dan bibir yang menggabungkan teknik pembersihan, pengelupasan, dan hidrasi secara serentak. Skincredible, by Sephora — suatu khidmat analisis kulit yang menggunakan aplikasi untuk memeriksa kesihatan kulit. Perkhidmatan lima belas minit ini adalah percuma dan pengguna boleh mendapat cadangan produk yang paling sesuai berdasarkan keadaan kulit.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Untuk mendapatkan maklumat dan promosi di masa hadapan mengenai Sephora Fahrenheit88, kunjungi FacebookInstagram atau laman web Sephora Malaysia.