IKLAN
Kecantikan

“Red Is Sexy”, 10 Gincu Rona Merah Paling Menggoda Mesti Miliki

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
“Red Is Sexy”, 10 Gincu Rona Merah Paling Menggoda Mesti Miliki

Biasalah wanita ada hari yang kita malas nak menyolek, nak biarkan muka ‘bernafas’ katanya. Tapi takut tidak dikenali pula, almaklumlah sentiasa pakai mekap berlapis-lapis sekali tak pakai mekap… lain betul.

IKLAN

Anda masih nak nampak berseri walau sekadar mekap nipis sahaja, the best way adalah dengan mengenakan gincu warna merah.

Foto – Pamper

Kenapa warna merah? Wanita kalau calit gincu pun dah nampak berseri. Itu yang diterapkan wanita Perancis, biar gaya ringkas tapi mesti ada satu perkara yang tonjolkan, seperti gincu bibir rona merah. Merah mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih berani, dewasa, berkeyakinan dan miliki sifat kepimpinan.

Bukan itu sahaja, satu kajian Universiti Manchester mendapati bibir wanita adalah bahagian badan wanita yang paling menarik – terutamanya apabila wanita tersebut memakai gincu merah. Menurut kajian, penyelidik menyatakan bahawa dalam masa 10 saat seorang lelaki akan perasan bahagian bibir seorang wanita dahulu.

Foto – Allure

Dan menghabiskan lebih daripada separuh masa mereka melihat ke bahagian tersebut malah jika wanita tersebut memakai gincu, seorang lelaki akan sukar melepaskan pandangan mereka daripada bahagian tersebut. Lelaki juga lebih cenderung untuk merenung bibir yang dioles gincu merah (7.3 saat) lebih lama berbanding merah jambu (6.7 saat) dan selain itu.

Baca : 5 Perkara Yang Boleh Buat Anda Bertambah “Hot” Menurut Sains

Dah tahu kehebatan warna merah, ini Wanista senaraikan gincu merah paling ikonik mesti korang miliki.

#1 Fenty Beauty Liquid Lip Paint Stunna

Foto – Pinterest

#2 Chanel Rouge Allure Luminous Intense Lip Colour 99 Pirate

Foto – Chanel

#3 Revlon Super Lustrous Creme Lipstick Fire & Ice

Foto – Price

#4 MAC Cosmetics Lipstick Matte Ruby Woo

Foto – Sephora

#5 Stila Stay All Day Liquid Lipstick Beso

Foto – Stila

#6 L’Oreal Rouge Signature 115 I Am Worth It

Foto – Jetspree

#7 Dior Rouge Dior 999

Foto – John Lewis

#8 Nars Velvet Matte Lip Pencil Dragon Girl

Foto – Nars

#9 Bobbi Brown Luxe Lip Color Parisian Red

Foto – Pinterest

Dah pilih mana berkenan di hati dan mata? Sebelum beli, sila cuba terlebih dahulu, takut tak cantik dan lain pula nanti.

IKLAN