IKLAN
Cinta & Perhubungan

Rumah Tangga Kamu Goyang, Air Yassin Penyelamatnya!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Rumah Tangga Kamu Goyang, Air Yassin Penyelamatnya!

Air yassin mempunyai banyak manfaat dan kelebihannya ianya bukan saja boleh digunakan untuk ‘memagar’ rumah dan merawat penyakit, air yassin juga boleh digunakan untuk mengikat kasih sayang antara suami dan isteri.

IKLAN

Begitu hebatnya kelebihan air yassin ini, rugi jika kita tidak mengamalkan dan memanfaatkan air yassin bagi mengekalkan kesejahteraan hubungan untuk suami dan isteri.

Air merupakan molekul yang boleh berubah dengan bacaan doa dan surah Al-Quran. Zat mineral yang terbentuk dalam air, dengan bacaan surah-surah seperti surah yassin dan al-fatihah menjadikannya sebagai air yang mujarab untuk pelbagai kegunaan.

Foto – Katherine Times

Tambahan lagi,air yang dibaca dengan ayat-ayat surah yassin akan membentuk molekul yang tersusun dalam air. Kemudian apabila kita meminum air yassin ini, molekul air akan diproses dalam tubuh lalu menyampaikan pesanan (niat atau doa yang di baca) pada otak dan pembuluh darah. 

In Shaa Allah, dengan izin Allah, air tersebut akan menurut pesanan yang diniatkan tanpa kita sedari. Yang penting yakin dengan pertolongan dari Allah S.W.T.

Antara kelebihan air yassin adalah:

  • Memudahkan pembelajaran anak-anak
  • Sebagai penawar penyakit
  • Bertindak sebagai ‘pemagar’ rumah
  • Menghilangkan rasa lapar dan dahaga
  • Memperkenankan hajat

Bukan itu saja, air yassin juga boleh digunakan dalam rumah tangga untuk kesejahteraan hubungan suami isteri. Jadi jika kamu sedang mengalami masalah rumah tangga, in shaa Allah air yassin dapat membantu kamu. Di sini wanista tampilkan beberapa manfaat air yassin dalam rumah tangga.

Melembutkan Hati Pasangan

Foto – Mindful

Air yassin boleh digunakan untuk melembutkan hati pasangan yang sedang marah membara, ayat dari surah yassin mampu melembutkan dan menyejukan rasa amarah dalam diri pasangan.

Jadi jika kamu dan suami masing-masing dalam keadaan amarah, ambil wuduk dan buat bacaan surah yassin berserta air masak dalam jug. Semasa bacaan surah yassin niatkan dalam hati agar air yassin ini dapat melembutkan hati pasangan.

IKLAN

Berlindung Dari Berpecah-Belah

Foto – MataHaw

Dalam rumahtangga pasti ada pasang surutnya sendiri, itu adalah lumrah apabila telah berkahwin. setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, doa dan usaha dalam mengekalkan hubungan perlu dijalankan bersama.

Selain itu, amalan meminum air yassin hubungan suami isteri juga boleh melindungi dari berlakunya berpecah-belah dengan izin Allah S.W.T.

Membaca surah yassin dan berdoa adalah salah satu usaha yang boleh kamu lakukan. Dan mudah-mudahan Allah memperkenankan dan melindungi diri dan suami dari sesuatu yang tidak baik.

Ayat satu hingga sembilan dapat melindungi diri dan keluarga dari di belenggu dan berpecah-belah.

Memberi Ketenangan Jiwa

Foto – Muslim Village

Tatkala bahtera mahligai sedang di landa badai, tenangkanlah jiwa dengan minum air yassi setelah berdoa kepada yang Maha Mendengar.

Molekul air yassin akan meyelinap masuk ke dalam salur darah dan otak, kemudian menyampaikan pesanan ke dalam hati suami atau isteri yang minum air yassin tersebut. In Shaa Allah, Allah akan hamparkan rasa ketenangan dalam diri, meski rumah tangga di landa badai.

Membersihkan Hati Dan Rohani Pasangan

Foto – Ethic of Care

“Dan lagi dalil yang terang untuk mereka ialah malam, Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita” surah Yassin, ayat 37.

Ayat dari 37 ini boleh menyuburkan semula yang kering dengan makanan rohani dan dalam masa yang sama dapat membersihkan serta menetapkan hati iaitu akidah diri.

Bersihkan hati kamu dan pasangan dengan air yassin, ayat-ayat surah yang terkandung di dalam molekul air ini akan membersihkan diri dari perasaan-perasaan negatif diantara pasangan.

Menghilangkan Kesedihan Diri

“Masa janganlah engkau berdukacita disebabkan tuduhan mereka. Sesungguhnya kami mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan nyatakan” surah Yassin, ayat 76.

Jika kamu dan pasangan bertengkar serta saling tuduh menuduh dan menunding jari sesama sendiri pastinya jiwa akan berasa sedih bukan.

Tetapi air yassin yang terkandung doa ini, diri kamu yang sedang sebak atau sedih akan kembali tenteram. In Shaa Allah dengan izinnya emosi kamu atau pasangan akan kembali pulih seperti sedia kala.

Banyak kelebihan air yassin untuk pasangan suami isteri, dengan izin Allah S.W.T, segala masalah yang dihadapi ada jalan penyelesaianya.

Rujukan