Berita & Isu Semasa

Madame Tussauds Pilih Lee Chong Wei Abadi Patung Lilin Di Hong Kong

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Madame Tussauds Pilih Lee Chong Wei Abadi Patung Lilin Di Hong Kong

Bukan orang biasa-biasa boleh mengabadikan patung lilin yang dikendali oleh Madame Tussauds.

Madame Tussauds Hong Kong mengumumkan bakal mempamerkan patung lilin jaguh badminton tanah air Datuk Lee Chong Wei, sekaligus menjadikannya atlet Malaysia pertama yang diabadikan di muzium lilin itu.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

“Malaysia adalah antara pasaran terpenting bagi kami. Selepas mempamerkan patung lilin Michelle Yeoh beberapa tahun lepas, kini tiba pula giliran Lee Chong Wei sebagai warga Malaysia kedua yang diabadikan di muzium lilin kami.

Kami sangat berbesar hati dengan penyertaan atlet tersohor ini, dan berharap ia akan menarik peminat sukan dari Malaysia dan seluruh dunia untuk mengalami kehebatan sukan badminton.” – Ketua Bahagian Pemasaran, Madame Tussauds Hong Kong, BoBo Yu.

Sepanjang sesi pengukuran badan selama 6 jam, atlet hebat ini memberikan kerjasama penuh bagi memenuhi piawaian pengukuran dari warna rambut hingga ke mata patung lilin.

Foto – Arkib Wanista

“Saya amat kagum dengan warna rambut dan mata patung lilin saya yang seakan-akan warna sebenar saya! Saya sangat bersyukur dan berbesar hati kerana diberikan peluang untuk mewakili Malaysia, dan berharap patung lilin saya akan memberi inspirasi kepada lebih ramai warga Malaysia untuk menonjolkan kehebatan negara tercinta kita di persada dunia, ” ujarnya.

Bagaimana rupa patung lilin Lee Chong Wei, sama-sama kini nantikan pada suku kedua tahun 2020.

Harapnya tidak buruk seperti patung Ariana Grande – Ariana Grande Jadi Mangsa Patung Lilin Buruk Di Madame Tussauds (Gambar)