Makanan

Netizen Kongsi 5 Kek Korang Wajib Cuba Bila Pergi Secret Recipe

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Netizen Kongsi 5 Kek Korang Wajib Cuba Bila Pergi Secret Recipe

Mungkin sekarang ramai yang dah tak pandang Secret Recipe. Manakan tidak dengan kebanjiran kafe Korea dan Jepun serta ala-ala hipster, jadi sesiapa yang pergi ke Secret Recipe nampak macam tak ‘up to date.’

IKLAN

Tak kisahlah lain orang lain caranya. Nak tanya, bila ke Secret Recipe, korang singgah makan atau sekadar cari kek? Pada yang nak cari kek, penulis senaraikan pilihan kek popular dan sedap sepanjang zaman di Secret Recipe yang dikongsikan netizen.

#1 Chocolate Indulgence

Kek lemak berkrim yang kaya dengan coklat Belgian dan dilapisi coklat putih.

Foto – Facebook sedakdoohMY

#2 Black Forest

Kek coklat yang dipenuhi dengan ceri dan ditaburi kepingan coklat serta rasa krim.

Foto – Facebook sedakdoohMY

#3 Chocolate Brulee

Yang menjadi kegemaran kerana ada tiga layer (mud, coklat mousse, brulee) dengan rasa tersendiri dan enak.

Foto – Facebook sedakdoohMY

#4 Red Velvet

Kek span dengan lapisan cream cheese dan apricot bits.

Foto – Facebook sedakdoohMY

#5 Hokkaido Triple Cheese

Mempunyai tiga lapisan keju (mascarpone, cream cheese, parmesan) yang memikat.

Foto – Facebook sedakdoohMY

Yang mana korang paling suka? Kalau tanya penulis, all time favorite tentu sekali blueberry cheesecake. Rasa manis tak keterlaluan, dan ada sedikit masam, itu yang best!

Selamat Menjamu Selera.

IKLAN