IKLAN
Kesihatan

Tangani Anxiety Ekstrem Apabila Berucap Depan Orang Ramai

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Tangani Anxiety Ekstrem Apabila Berucap Depan Orang Ramai

Berucap di hadapan ramai bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan. Apatah lagi jika kita dipanggil berucap dalam majlis yang berprestij dan gah, pastinya diri akan berasa gemuruh atau panik yang kuat di dada.

IKLAN

Seperti kes aktor Joaquin Phoenix apabila berucap semasa majlis Golden Globe yang diadakan awal bulan ini. Dek kerana tidak bersedia untuk memberi ucapan mahupun menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pihak media, menyebabkan dirinya kelihatan ‘awkward’.

Jadi bagaimana nak tangani jika diri kita mengalami situasi sebegitu. Apa yang perlu kita lakukan bagi menenangkan diri, apabila berucap di khalayak ramai dan paling penting bagaimana mahu untuk mengelakkan diri mengalami panik yang ekstrem.

Kupasan kali ini, wanista sajikan cara untuk tangani anxiety atau panik yang ekstrem dengan mudah dan sesuai untuk kamu praktikkan.

#1 Terima Rasa ‘Nervous’ Sebaik Mungkin

Foto – Level Up Living

Sebenarnya perasaan panik dan nervous atau bimbang bukanlah satu perkara yang tidak baik. Apa yang penting adalah bagaimana diri kita kawal perasaan nervous tersebut agar tidak menjadi berlebihan.

Perasaan nervous tersebut akan membuatkan diri kita dapat memberi persembahan yang baik semasa berucap. Perasaan tersebut akan menghasilkan hormon adrenalin, yang dapat membantu diri kamu untuk berfikir dengan pantas dan berucap dengan lebih lancar dalam menyampaikan mesej.

#2 Tidak Perlu Menjadi Terlalu Sempurna

Foto – ICML

Rasa gemuruh apabila berucap di hadapan khalayak ramai sememang sesuatu yang semua orang pernah lalui dan alami. Apabila kamu di panggil untuk memberi ucapan di atas pentas secara spontan, apa yang perlu kamu lakukan adalah cuba berucap dengan gaya yang santai.

Tidak perlu mencuba menjadi speaker terbaik, sebaliknya cubalah berucap dengan nada yang normal dan bersahaja. Paling penting kamu dapat sampai ucapan dan mesej dengan ringkas dan padat.

IKLAN

#3 Tahu Apa Yang Ingin Kamu Sampaikan

Foto – Safety Australia Group

Sama ada kamu di panggil bercakap secara spontan atau sebaliknya, perkara utama yang kamu perlu fikir adalah apa mesej yang kamu ingin sampaikan kepada pendengar. Nyatakan topik atau tajuk ucapan yang kamu ingin ucapkan, meski ucapan tersebut sekejap.

Apabila kamu tahu topik yang ingin disampaikan, secara tidak langsung kamu akan lebih berkeyakinan dan diri menjadi kurang gugup meski berhadapan dengan ramai orang.

#4 Berinteraksi Dengan Orang Ramai

Foto – Washington Edu

Jangan biarkan diri kamu diselubungi dengan rasa anxiety berpanjangan, tanganinya dengan berinteraksi dengan orang ramai dengan bertanya soalan atau cuba melakukan aktiviti bersama. Dengan cara itu, diri kamu akan berasa kurang panik dan perlahan-lahan keyakinan diri mula berkumpul di jiwa.

Apabila diri kamu berinteraksi dengan orang ramai, kamu secara tidak langsung dapat berucap dengan baik dan dapat menyampaikan maklumat dengan lebih baik.

#5 Ambil Nafas

Foto – Info Pelajar

Jangan biarkan panik mengawal ucapan diri, jadi apa yang perlu kamu lakukan untuk mengawal perasaan tersebut adalah dengan menarik nafas dalam-dalam. Tarik nafas beberapa kali, ia dapat membantu menenangkan sistem saraf. Lakukanya sebelum dan semasa kamu sedang berucap.

#6 Elakkan Bercakap Dengan Pantas

Foto – Hire Space

Apabila diri dilanda panik yang ekstrem, apa yang perlu kamu lakukan adalah elak bercakap dengan pantas. Berucap dengan pantas akan membuatkan diri kamu menjadi lebih panik dan menjadi takut.

Mulakan dengan menarik nafas secara dalam-dalam, cuba berucap dengan baik, tenang dan relax.

#7 ‘Eye Contact’ Wajib Jaga

Foto – TES

Apabila kamu ingin mula berucap, mulakan dengan memandang mata dan wajah pendengar yang berada di halaman kamu. Penting buat diri kamu menjaga ‘eye contact’ semasa berucap, ini kerana kamu lihat mereka yang mendengar akan memberi perhatian terhadap ucapan atau mesej yang kamu sampaikan.

Secara tidak langsung, ini akan membuatkan diri kamu menjadi lebih berkeyakinan apabila berucap dan perasaan panik yang ada dalam diri hilang seperti buih.

Jadi kunci terpenting di sini adalah, kamu harus tangani perasaan anxiety semasa memberi ucapan di depan orang ramai sebaik mungkin.

Di harap dengan maklumat yang wanista kongsikan ini dapat membantu kamu untuk berucap dengan lebih baik di depan orang ramai dan dalam masa yang sama bijak mengawal perasaan anxiety agar tidak menjadi ekstrem.

Rujukan: 1, 2,