Berita & Isu Semasa

“I’m Coming Out”, YouTuber Nikkie Dedah Diri Transgender

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
“I’m Coming Out”, YouTuber Nikkie Dedah Diri Transgender

YouTuber Nikkie Tutorials dedah dirinya adalah seorang transgender, menerusi video yang dimuatnaik ke dalam salurannya YouTube Nikkie Tutotials yang bertajuk “I’m Coming Out”.

IKLAN

Nikkie yang mempunyai pengikut seramai 12.6 juta ini, dengan beraninya meluahkan, bahawa dirinya adalah seorang transgender dan berkongsi tentang kisah menerusi video yang berdurasi 17 minit 13 saat itu.

Nikkie atau nama sebenar dirinya Nikkie De Jager, menjelaskan bahawa dirinya telah lama ingin berkongsi tentang identiti sebenar yang tidak diketahui oleh semua orang.

Tetapi dek kerana tidak menemui masa yang sesuai, ianya tertangguh. Dan kini menerusi rakaman video, Nikkie meluahkan tentang siapa dirinya yang sebenar kepada pengikut setianya di YouTube.

“Ya, saya transgender. Tetapi pada akhirnya saya tetap saya” jelas Nikkie.

“Saya NikkieTutorials dan saya Nikkie. Saya adalah saya. Kita tidak perlukan label. Jika kita ingin meletakkan label, ya saya transgender.

Tetapi akhirnya saya tetap saya dan kamu adalah kamu. Saya di sini berkongsi secara terbuka bahawa diri saya adalah transgender” katanya lagi.

Sejak Kecil Tahu Siapa ‘Dirinya’ Yang Sebenar

Foto – Glamours

Menurut perkongsian dari Nikkie, sejak dari kecil lagi Nikkie telah merasakan dirinya adalah perempuan. Dan semasa ibu Nikkie mengandungkan Nikkie, ibunya menyangkakan akan yang bakal dilahirkan adalah anak perempuan. 

Tetapi, hadiah yang dihajati berlainan dari apa yang didapati. Meskipun begitu, ianya tidak mengubah apa-apapun kecuali keinginan diri Nikkie yang lebih cenderung ke arah keperempuanan. Dan ibu Nikkie juga tidak pernah membantah hasrat Nikkie ingin menjadi perempuan.

IKLAN

Dengan sokongan dari ibunya sendiri, Nikkie mula membela rambut sehingga menjadi panjang semasa usianya enam tahun dan kemudian Nikkie berkongsi kepada rakan sekelasnya mengenai keinginannya. Pada awalnya ada segelintir rakan-rakannya menerima diri Nikkie dan ada juga yang bersikap sebaliknya.

Tetapi itu tidak mematahkan semangat Nikkie untuk menjadi perempuan, pada usianya 14 tahun Nikkie membuat perubahan hormon pad tubuhnya dan pada usianya 19 tahun pula, Nikkie telah berubah sepenuhnya.

Encik Tunang Terima ‘Diri’ Nikkie

Foto – Arkib Wanista

Sebelum Nikkie membuat keputusan untuk berkongsi tentang sisi sebenar dirinya kepada pengikutnya di YouTube, Nikkie berdepan dengan cabaran besar untuk berterus terang hal sebenar dengan tunangnya Dylan Drossaers.

“Dylan merupakan lelaki yang sangat, sangat istimewa. Saya belum pernah berjumpa seseorang seperti Dylan. Dia adalah seorang lelaki yang paling baik dalam hidup saya. Sekarang dia dah tahu, saya berharap saya dapat memberitahunya awal.

Semuanya berasa seperti di alam magik, sangat bagus sehingga saya berasa takut untuk kehilangan dia jika saya tidak memberitahu kisah sebenar.

Dan apabila saya berkongsi kisah sebenar, sudah tentulah dia terkejut tetapi kami berdua dapat harunginya dan saya bangga kami dapat bertahan” ujar Nikkie.

Pernah Di Ugut

Menjadi YouTuber transgender kecantikan bukanlah mudah, Nikkie pernah diugut oleh orang-orang yang tidak menyukai dirinya. Mereka mengugut untuk mendedahkan kisah Nikkie kepada media.

Foto – RTL

“Pada awalnya saya berasa takut, kerana saya tahu ada orang di luar sana tidak dapat menerima dan menghormati identiti sebenar seseorang.

Ianya kejam dan menjijikan.

Mereka ingin mendedahkan kisah saya kerana saya menipu atau saya tidak ingin memberitahu perkara sebenar atau mereka merasa saya takut jika orang ramai tahu diri sebenar saya.

Saya tidak takut” jelas Nikkie.

Nikkie bukan saja tidak takut, malah merasa bangga dengan kisahnya yang ‘indah’.

Nikkie Ingin Beri Dorongan

Menerusi luahan dan perkongsian dari vlogger kecantikan yang berusia 25 tahun ini, dirinya ingin memberi dorongan dan semangat kepada individu yang berasa tidak yakin terhadap diri dan individu yang berasa seperti berada di tempat yang salah atau individu yang berasa salah salah untuk menerima keadaan diri mereka sendiri.

Foto – RTL Nieuws

“Kita harus menerima semasa sendiri. Kita harus menghormati antara satu sama lain. Tetapi yang paling penting sekali adalah kita harus saling mendengar dan memahami antara satu sama yang lain” jelas Nikkie.

“Ianya tidak penting apakah label seseorang itu atau apakah jenis warna rambut, pakaian, ketinggian mahupun berat mereka. Sekarang dah tahun 2020 dan inilah masanya untuk kita memahami, menerima, mendengar dan menghormati.

Inilah masanya untuk kamu menyayangi diri kamu dan menjadi diri sendiri. Tonjolkan diri kamu yang sebenar menerusi apa yang kamu rasai sekarang ni” katanya lagi.

Bukan mudah untuk berterus terang tentang identiti diri kepada masyarakat dan Nikkie telah melakukannya dengan caranya sendiri. Apa-apapun keputusan dan identiti individu tersebut, hormatilah diri mereka.

Rujukan: 1, 2,