Adakah kamu seorang peminat yang fanatik?
Kita sering melihat peminat dari Korea bertindak agresif apabila artis mereka mengumumkan sesuatu khabar berita, tidak kiralah ianya baik atau sebaliknya pasti akan mendapat cemuhan dan tindak balas yang agresif.
Rata-rata peminat K-Pop ini akan bertindak keterlaluan di ruangan komen di sosial media dan memberi komen-komen negatif sehingga menjejaskan imej serta privasi artis berkenaan.
Inilah yang terjadi kepada EXO Chen, selepas dirinya dan syarikat naungannya mengeluarkan kenyataan tentang perkahwinannya bersama tunangnya (bukan selebriti) baru-baru ini.
Tindakan peminat yang terlalu agresif atau fanatik ini, merasakan diri mereka di khianati oleh Chen yang menyembunyikan tentang hubungannya serta mempunyai anak sebelum berkahwin. Di label sebagai pengkhianat dan meminat Korea mendesak EXO Chen keluar dari kumpulan
Permintaan Restu Bertukar Benci?
Dalam surat tulisan tangan Chen yang di sebarkan baru-baru ini, menyatakan bahawa agar peminat dapat merestui perkahwinannya dan bukan mudah buat Chen untuk mengumumkan keputusannya.
Tetapi kerana sayang kepada peminat, dirinya mengumumkan berita gembira ini dan berharap peminat akan tetap menyokong dan memahami dirinya.
Tapi sayang bukan semua peminat memberi restu, malah tambah mencemuh dengan komen-komen negatif seperti meminta Chen untuk keluar dari kumpulan, Chen tidak layak menjadi ahli kumpulan EXO dan bermacam-macam jenis komen yang tidak enak untuk di dengar.
Peminat Sejati Akan ‘Stay’ Bukan Tinggalkan
Masyarakat di Korea masih konservatif terhadap isu mengandung sebelum berkahwin dan ia menjadi senjata bagi peminat di Korea untuk memberi komen negatif terhadap Chen.
Rata-rata ramai yang mendakwa diri mereka sebagai peminat EXO, mendesak Chen untuk keluar dari kumpulan dan memohon maaf kepada peminat kerana keputusan yang dibuat.
Tindakan peminat dari Korea agak keterlaluan itu, mengundang cemuhan dari peminat antarabangsa yang lain. Ramai peminat EXO antarabangsa meluahkan rasa hampa dengan tindakan peminat dari Korea terhadap berita yang diumumkan oleh Chen.
Meski Chen di cemuh dan di kritik oleh peminat di Korea, tetapi peminatnya yang berada di seluruh dunia menghantar restu mereka dan mendoakan agar Chen bahagia bersama bakal isteri dan anaknya. Serta terus kuat untuk kekal dalam industri.
#엑소지켜
Let's stay together with EXO no matter what, till the end pic.twitter.com/TT8MTW4dME— letty (@mrseonexol) January 13, 2020
#엑소지켜
Exo is exo.
They are humans
They are the best thing ever happened to me
Chen is the best person I've ever met
Exo-l we are their supporters
Don't hurt them— Nesnat (@mex_bossdae) January 13, 2020
https://twitter.com/bunnysoo12/status/1216744638704275456
Our Peter pan found his Wendy❤ Congratulations to Chen and his fiancee 🎉😇 you deserved all the happiness and love ❤Wish you a happy life with your love and your coming baby😇 Exo-Ls we are getting mini Chen … congratulations to Exo-Ls too we are becoming aunty❤✌#Chen❤😇 pic.twitter.com/tXvzDuuM96
— _R (@RBKim3) January 13, 2020
Peminat sejati tak akan tinggalkan artis kesayangan mereka walau apa pun keputusan yang artis tersebut lakukan dan peminat akan terus memberi sokongan meskipun artis kesayangan mereka telah mendirikan rumahtangga.
So jika kamu rasa kamu peminat sejati EXO dan Chen, hormati keputusannya serta kita mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga!