Apa minuman kegemaran kamu jika teh, kamu beruntung kerana kajian para penyelidik mendapati minum air teh panas secara kerap mampu memanjangkan usia dan menguatkan kesihatan diri.
Kajian mengenai daun teh telah banyak dijumpai oleh pengkaji masa kini dan banyak khasiat dan manfaat yang terdapat di dalam daun teh tersebut.
Jadi tidak hairanlah mengapa para pengkaji menjumpai hubungkait fungsi teh terhadap kesihatan manusia. Para sainstis mendapati orang yang meminum air teh secara kerap dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit kardiovaskular dan meningkatkan kesihatan diri.
Kajian yang dijumpai telah di laporkan dalam European Journal of Preventive Cardiology, dimana para sainstis telah memeriksa seramai 100,902 orang cina dewasa yang memiliki masalah penyakit seperti serangan jantung, strok atau kanser.
Mengikut maklumat terhadap pengambilan teh yang dikumpul menerusi dari borang kaji selidik bersama peserta yang terlibat telah di bahagikan kepada dua kumpulan.
Iaitu kumpulan yang minum air teh secara kerap seperti minum air teh tiga kali atau lebih dalam seminggu. Dan kumpulan yang tidak pernah atau jarang minum air teh, seperti kurang minum air teh 3 kali dalam seminggu.
Para penyelidik mendapati, peserta yang minum air teh secara kerap memiliki 20% kurang risiko penyakit jantung dan strok berbanding peserta yang tidak pernah atau jarang minum air teh.
Tambahan lagi bagi peserta yang minum air teh setiap hari akan bebas dari penyakit atherosclerotic cardiovascular selama 1.41 tahun dan jangka hayat mereka akan menjadi lebih panjang sebanyak 1.26 tahun apabila mencecah usia pada 50.
Jadi secara konklusinya pengambilan teh dalam kehidupan harian mempunyai kaitan dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit berbahaya yang sering terjadi apabila usia semakin meningkat.
Terdapat juga para penyelidik yang masih lagi tidak dapat mengenalpasti punca sebenar atau sebab sebenar mengapa teh dapat melanjutkan usia seseorang. Ada segelintir para pengkaji memberi pandangan bahawa polyphenols (merupakan kimia antioksidan) yang terdapat dalam daun teh adalah salah satu punca ia memberi kesan terhadap kesihatan manusia.
Dr Xinyan Wang yang merupakan salah seorang penulis dalam kajian ini turut berkongsi pandangannya.
“Pengambilan teh secara kerap berkait rapat dengan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan ke semua jenis penyakit yang menyebabkan kematian.
Kebaikan terhadap kesihatan ini adalah disebabkan oleh teh hijau yang kaya dengan khasiat dan ianya bagus untuk kesihatan dalam jangka sama panjang bagi peminum air teh tegar.”
Para pengkaji juga menemui di dalam kajian mereka bahawa teh yang berlainan jenis mempunyai kesan yang berbeza terhadap kesihatan dan kebanyakan kajian popular dengan teh hijau yang lebih menunjukan banyak kesan yang bagus kepada kesihatan manusia.
Jika kita lihat masyarakat sekarang lebih kurang 49% yang minum air teh hijau, manakala 43% yang lain lebih gemar meminum air teh berperisa dan 8% yang memilih untuk minum air teh hitam.
Apa-apapun pakar telah membuktikan bahawa meminum air teh secara kerap adalah bagus untuk kesihatan diri dan memanjangkan jangka hayat diri. Jom mula biasakan diri, minum air teh hangat hari ini!