Hiburan

Seriuslah Hyuna Tindik Di Kawasan Tulang Selangka, Tak Sakit Ke?

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Seriuslah Hyuna Tindik Di Kawasan Tulang Selangka, Tak Sakit Ke?

Kita sedia maklum, rata-rata K-Pop Idol cukup menggemari imej tindik.

IKLAN

Dan paling terkini, penyanyi solo seksi Hyuna mencetuskan kehangatan apabila memilih kawasan tulang selangka untuk menambah koleksi tindiknya.

Foto – Instagram

Berkongsi gambar di Instagram, Hyuna dilihat menunjukkan dua tindikan jenis dermal yang menghiasi tulang selangka Hyuna. Pelantun lagu Flower Shower ini memilih dermal piercing sederhana berupa berlian kecil untuk menambah kesan “bad ass’ pada penampilan.

Tindik yang masih sangat baru ini membuatkan kawasan tulang selangka Hyuna kemerahan dan kita yang melihat rasa ngilu akan kesakitan selepas.

Yang jelas keputusan Hyuna mendapat reaksi negatif dari para peminat dan pengikut di Instagram. Ramai yang khuatir akan kesihatan Hyuna, tidak kurang juga menilai dan merasakan ketagihan Hyuna terhadap tindik sudah berlebihan.

Foto – Instagram

Untuk pengetahuan anda, tukang tindik menjelaskan satu tempat yang paling berbahaya untuk ditindik ialah di hujung lidah. Hal ini kerana ia mengikat dua otot bersama dan menyukarkan lidah untuk bergerak bebas. 

Aksesori yang dipasang akan berada di belakang gigi. Dijamin pemakai akan mengalami masalah hakisan gusi, gigi retak dan penukaran/pembuangan tindik tersebut akan meninggalkan parut yang buruk.

Baca : Tolong Jangan Tindik Bahagian “Ini”, Pakar Kata Undang Bahaya

Penulis dapat bayangkan kesakitan dialami Hyuna, dengan berdenyut-denyut.

IKLAN

RUJUKAN