Berita & Isu Semasa

Anak Saudara Puteri Diana, Lady Kitty Tunang Dengan Lelaki Tua 60 Tahun

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Anak Saudara Puteri Diana, Lady Kitty Tunang Dengan Lelaki Tua 60 Tahun

Nampaknya perkahwinan diraja bakal berlangsung tidak lama lagi.

IKLAN

Terkini, anak saudara Puteri Diana, Lady Kitty Spencer, 29, dilaporkan mengikat tali pertunangan dengan jutawan Michael Lewis.

Foto – Page Six

Lady Kitty dan Michael Lewis bertunang beberapa minggu yang lalu, di mana sumber mengatakan “Michael melamar Kitty sebelum Krismas. Lady Kitty berada di Cape Town untuk bercuti dan memberitahu seluruh keluarga perkhabaran menggembirakan itu.Β Michael disayangi oleh mereka semua. Walaupun dengan kekayaaan, dia sangat rendah diri dan baik hati.”

Foto – Lipstick Alley

Jadi siapakah jutawan bertuah ini? Michael Lewis berasal dari Afrika Selatan dan berusia 61 tahun, menjadikannya 32 tahun lebih tua daripada Kitty dan dilaporkan lima tahun lebih tua daripada bapanya, Earl Spencer.

Menurut Vogue Australia, Michael merupakan pengerusi jenama fesyen Foschini dan bernilai lebih dari $150 juta. Dia sudah bercerai dan mempunyai tiga orang anak yang sudah dewasa.

Foto – Pinterest

Kitty dan Michael mula dating pada bulan Mei tahun lepas, ketika kedua-dua dilihat menghabiskan masa bersama di New York City.

RUJUKAN