Kesihatan

Payudara Bengkak Dan Nanah, Suntikan Kolagen Hanya Undang Bahaya

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Payudara Bengkak Dan Nanah, Suntikan Kolagen Hanya Undang Bahaya

Suntikan kolagen dalam kalangan wanita masa kini bukan lagi satu fenomena luar biasa, bahkan ia telah menjadi satu kemestian buat kaum wanita untuk mengekalkan kecantikan diri mereka.

IKLAN

Rata-rata golongan wanita yang mendapatkan suntikan kolagen ini memilih untuk menyuntik di bahagian payudara mereka dengan harapan payudara menjadi tegang dan montok seperti sedia kala.

Foto – Wellness Center

Tapi sayang perbuatan yang di sangka bagus untuk diri, sebenarnya mengundang bahaya dan memudaratkan kesihatan mereka sendiri.

Sudahlah mengundang bahaya dan menjejaskan kesihatan diri. Malah ada juga wanita yang berani dan sanggup menyuntik cecair kolagen tersebut secara sendiri di rumah, tanpa seliaan pihak perubatan.

Foto – Women Fitness

Menurut Pakar Radiologi Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Radhiana Hassan berkata, kolagen yang dihasilkan oleh bahan kimia yang berbahaya boleh menjejaskan kesihatan wanita.

Tambahnya lagi, suntikan kolagen pada payudara akan menyebabkan payudara menjadi bengkak dan bernanah.

Dr Radhiana juga menyatakan bahawa kolagen yang telah sebati dengan darah tidak dapat dikeluarkan dari tubuh wanita dan ia akan menyebabkan muncul pelbagai risiko penyakit seperti masalah berkaitan buah pinggang, paru-paru dan ia juga berkemungkinan menyebabkan kematian.

Foto – Miare Vista

Para wanita perlu sedar dan tahu bahawa tiada sebarang produk suntikan kolagen untuk membesarkan payudara yang terdapat di pasaran, berdaftar di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, jangan mudah terpedaya dengan promosi perkhidmatan membesarkan payudara yang murah, yang kini semakin banyak di lihat dalam sosial media. Promosi perkhidmatan kecantikan dan suntikan payudara serendah RM100 atau RM200 ringgit yang ditawarkan boleh mengundang padah kepada diri.

IKLAN

Serta jangan mudah termakan dengan saranan yang tidak benar dari doktor luar negara yang tidak bertauliah seperti Taiwan dan China yang melakukan rawatan di negara ini secara senyap-senyap.

Ingat jangan dek kerana inginkan kecantikan yang sementara, ia mengundang bahaya dan maut kepada diri. Tiada apa yang berharga selain nyawa dan kesihatan diri, jadilah wanita yang bijak!

Rujukan: 1, 2