Kecantikan

Produk “Meeracle Serum” Terkandung Bahan Terlarang, Pengasas Jelas Hal Sebenar

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Produk “Meeracle Serum” Terkandung Bahan Terlarang, Pengasas Jelas Hal Sebenar

Sejak minggu lalu, tular berita yang dikongsi oleh Public Health Malaysia menerusi laman Facebook berkaitan produk kecantikan popular “Meeracle Serum” dilapor mengandungi bahan terlarang.

IKLAN

Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan Brunei mendapati bahawa produk kosmestik Meeracle Facial Serum Gemstone Essence telah dicemari dengan Hydroquinone. 

Penggunaan Hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan perubahan warna kulit, hipersensitiviti, bahagian kulit yang disapu menjadi biru-hitam atau gelap serta boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Berikutan dapatan tersebut, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

Foto – Facebook Public Health Malaysia

Keadaan itu menyebabkan pengguna meluahkan rasa kecewa dan pengasas produk Meera Nordin tampil memberi penjelasan sebenar berikutan isu pencemaran produk Meeracle Serum yang dipercayai telah disalah erti.

Ini katanya:

Untuk pengetahuan umum, Produk Meeracle Serum serum telah pun diuji di makmal-makmal yang diiktiraf. Antaranya melalui ujian makmal di BIO SYNERGY LABORATORIES (http://www.biosynergy.com.my), salah satu makmal yg telah disenaraikan dalam senarai makmal yang mematuhi keperluan piawaian NPRA dalam pengujian produk.

BIO SYNERGY LABORATORIES juga dikenali sebagai sebuah makmal yang diiktiraf oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (divisen keselamatan dan kualiti makanan) untuk menjalankan uji kaji sesuatu produk untuk mendapatkan sijil kesihatan.

Keputusan ujian *hydroquinone* ke atas produk akhir Meeracle Serum yg dijalankan oleh pihak BIO SYNERGY LABORATORIES adalah ND (not detected), iaitu tiada bahan tercemar atau terlarang di dalam Meeracle Serum.

Selain itu, *kandungan hydrquinone* produk Meeracle Serum juga telah diuji di Singapura iaitu di SGS (https://www.sgs.sg/en/our-company/about-sgs/sgs-in-brief) dan keputusannya jugak menunjukkan ND (not detected) bahan terlarang dan tercemar.

IKLAN

assalammualaikum wbt , saya Meera Nordin selaku founder kepada jenama MEERACLE ingin meminta kepada semua pihak terutama…

Posted by Meera Nordin on Friday, 3 January 2020

Bila diselidik kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ministry of Health di Brunei, ternyata pihak sana “tidak mengetahui” akan status pengilang.

Penulis pun pening dan harap semua pihak terlibat dapat menyelesaikan kekeliruan yang berlaku. Kerana yang merana nanti si pengguna itu sendiri, nak cantik tapi hazab yang dapat.