Kecantikan

Tolong Jangan Tindik Bahagian “Ini”, Pakar Kata Undang Bahaya

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Tolong Jangan Tindik Bahagian “Ini”, Pakar Kata Undang Bahaya

Tindik memang comel. Tapi yang tak comel bila kamu memilih untuk tindik di tempat yang tidak sepatutnya. Jika sekitar telinga masih boleh diterima tapi kalau sudah di bahagian lain seperti bibir, hidung, kening, pusat, atau kemaluan, aduhai memang haru.

Jadi sebelum nak tindik, knal pasti dahulu bahagian anggota badan mana yang berbahaya.

Tukang tindik dari Studio 28 Tattoos di New York berkata, hanya ada satu tempat yang paling berbahaya untuk ditindik.

IKLAN
Foto – Pinterest

“Di Studio 28 Tattoos, ada satu tempat kami menolak untuk tindik. Ia dipanggil snake bite piercing di mana barbell melengkung dimasukkan ke hujung lidah. Sangat bahaya untuk tindik di situ.

“Kenapa bahaya? Ia mengikat dua otot bersama dan menyukarkan lidah untuk bergerak bebas. Aksesori yang dipasang akan berada di belakang gigi. Dijamin pemakai akan mengalami masalah hakisan gusi, gigi retak dan penukaran/pembuangan tindik tersebut akan meninggalkan parut yang buruk,” jelasnya.

Dah tahu, janganlah ditindik di situ ye kalau tak nak apa-apa terjadi kepada kamu. Tolong jaga kesihatan, sebelum nak tindik baca tips Wanista dulu – Pertama Kali Tindik Telinga, Baca Tips Ni Agar Tak Menyesal

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 12