Kembara

Masuk Wishlist, 7 Alasan Qatar Lokasi Percutian Padang Pasir Bukan Biasa-Biasa

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Masuk Wishlist, 7 Alasan Qatar Lokasi Percutian Padang Pasir Bukan Biasa-Biasa

Qatar, ramai terlepas pandang menikmati keindahan negara terletak di titik pertemuan Timur dan Barat. Rata-rata rakyat Malaysia yang sempat singgah di sana, semuanya sekadar melakukan destinasi transit sebelum meneruskan perjalanan ke negara benua Eropah. Jadi tidak hairanlah ramai tidak mengetahui selok belok Qatar.

IKLAN
Foto – www.visitqatar.qa

Qatar mungkin tidak tersenarai dalam bucket list tempat yang anda ingin kunjungi, tetapi jika anda inginkan pengalaman yang berbeza, jangan takut Qatar ada segalanya. Qatar mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia dengan keperluan visa yang santai supaya lebih banyak pelawat boleh menikmati keindahan masjid, kilauan keemasan padang pasir bahkan pemasangan seni bina cukup mengasyikkan dan juga bangunan pencakar langit yang terletak di sebalik bandar-bandar lama yang terpelihara.

Tapi sebelum anda mulakan perancangan, Wanista senaraikan beberapa keunikan yang ada di Qatar yang confirm bikin anda teruja.

Berkayak Di Sepanjang Bakau Al Thakira

Aktiviti sukan air seperti berkayak sangat popular di Qatar. Tanya sahaja mana-mana pelancong yang pernah datang, mereka tidak akan melepaskan peluang menikmati sukan penuh adventure ini.

Al Thakira Mangroves Forest End. Foto – aquasport.com

Berkongsi kegembiraan menghabiskan seharian di keajaiban Al Thakira Mangroves Forest End. Anda akan dikelilingi oleh bakau menghijau yang subur dan pelbagai jenis burung, ikan serta ketam dan lain-lain. Pengalaman berkayak 90 minit mendekatkan anda dengan alam semula jadi yang mendamaikan.

Pelajari Warisan Kesenian Islam Di Museum of Islamic Art

Tak lengkap rasanya percutian ke Qatar jika tidak berkunjung ke Museum of Islamic Art.

Museum of Islamic Art. Foto – Ananda Krishnan on Unplash

Terletak di MIA Park di tepi laut Doha, bangunan muzium berdiri megah sebagai permata seni bina. Di dalamnya, pelbagai karya seni dapat dilihat, termasuk karya logam, seramik, barang kemas, kayu, tekstil dan kaca, yang dikumpulkan dari tiga benua dan bertarikh dari abad ke-7 hingga abad ke-19. Kemasukan muzium adalah percuma!

Jom Shopping Di Souq Waqif

Wanita dan shopping berpisah tiada. Inilah masanya jika anda nak mencari kraftangan tempatan, makanan tradisional atau barangan kemas atau mungkin juga aksesori buatan tangan yang penuh warna-warni.

IKLAN
Souq Waqif lagaknya seperti Pasar Karat/Pasar Lambak. Foto – CNN

Jika anda ingin mencari barangan asli yang aesthetic, serta berlibur kala malam, Souq Waqif adalah tempatnya! Anda akan mendapati segala-galanya dari pakaian hingga ke rempah ratus, minyak wangi atau berlian, minyak pati sehingga ke haiwan peliharaan, macam-macam ada di sana.

Bukan sekadar pasar yang berkembang maju, Souq Waqif juga merupakan syurga kepada pelbagai restoran gaya tradisional dan kafe kasual yang menawarkan pelbagai rasa tempatan dan serantau. Terdapat juga lounge shisha dan kedai antik, serta galeri seni dan hotel butik mewah.

Jatuh Cinta Pada Seni Dan Budaya Di Katara Cultural Village

Bila tradisional bertemu dengan pemodenan!

Katara Cultural Village. Foto – Glen Ontangco

Perkampungan warisan yang indah mempunyai amfiteater terbuka, rumah opera, pawagam pelbagai guna, dewan persidangan, pantai dan juga souq (pasar). Senang cerita Katara Cultural Village menempatkan pelbagai karya seni kreatif dalam atau luar, dan merupakan lawatan wajib bagi sesiapa yang berminat dengan seni dan budaya.

Fakta, amfiteater dirasmikan pada 11 Disember 2011 dan majlis perasmian diserikan dengan konsert hebat yang memaparkan bintang-bintang terkenal dunia seperti Jeremy Irons, Angela Gheorghiou dan Roberto Alagna.

Pengalaman Indah Seumur Hidup Di Desert Safari

Datang ke sini tapi tak mencuba aktiviti mencabar di tengah-tengah padang pasir Qatar, memang rugi. Di sinilah anda boleh sakan selfie dengan bergaya jubah atau dress labuh warna-warni dilengkapi aksesori turban bagaikan gadis Arab. Bayangkan orang lain asyik bergambar depan Eifel Tower tapi anda di padang pasir, tak ekzotik ke?

Desert Safari. Foto – Darshan Gajara on Unplash

Sepanjang di Desert Safari, aktiviti yang boleh dilakukan ialah menunggang unta di tengah padang pasir, pengalaman ekstrem roller coaster dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, meluncur, atau berhenti untuk melihat pemandangan Inland Sea sebelum meneruskan ke Khor Al Adeid, salah satu daripada tiga tempat di dunia di mana padang pasir dan laut bertemu, malah anda boleh bermalam di kem Bedouin yang tersedia bagi menikmati hiburan malam.

Inland Sea. Foto – Shashi Ghost on Unplash

Hayati Seni Bina Indah Di Semenanjung Zekreet

Keluar dari kesibukan kota Doha dan menjelajah empat jam ke Gurun Qatari. Lawati City Film yang unik di semenanjung Zekreet, pandu mengelilingi Umbrella Rock Mountain, dan lihat sebuah arca padang pasir yang menakjubkan oleh Richard Serra.

Zekreet Film City. Foto – Sedunia Travel

Menariknya, pemasangan seni arca empat plat keluli yang dinamakan East-West/West-East dari Richard Serra dibina di tengah-tengah padang pasir yang terletak di luar bandar Doha. Katanya padang pasir ini merupakan kawasan terpencil di sana. Bayangkan hasilnya yang luar biasa dan abadi menjadikan ia suatu seni serta memberikan pengalaman luar biasa uniknya.

Arca East-West/West-East dari Richard Serra. Foto – Sedunia Travel

Saksi Bangunan Bersejarah National Museum of Qatar

Direka oleh arkitek Jean Nouvel, yang merupakan tulang belakang untuk muzium Louvre Abu Dhabi. Muzium yang dilaporkan bernilai $434 juta itu direka dalam bentuk cakera melengkung penuh keunikan tersendiri. Bahkan diilhamkan oleh kluster kristal “padang pasir” yang terbentuk padang pasir Qatar.

National Museum of Qatar – Foto Iwan Baan

Muzium itu membentangkan 11 galeri yang terdiri daripada tiga bab sejarah negara Qatar – Permulaan, Kehidupan di Qatar dan Pembangunan Bangsa.

Jika ingin merasai kesemua pengalaman di atas, Sedunia Travel menyediakan promosi murah dengan hanya RM3,535 selama Enam Hari Lima Malam. Pakej Ultimate Qatar ini menawarkan penginapan hotel siap dengan sarapan pagi, lawatan ke tempat yang disenaraikan, hidangan halal paling sedap, walau bagaimanapun tidak termasuk tiket penerbangan, insurans perjalanan dan tip. Bagi anda yang memerlukan penerbangan, Sedunia Travel boleh mengaturkannya dengan bayaran tambahan. Tapi kalau anda inginkan pakej lain, di sini ada beberapa yang menarik.

Serius anda puas berjalan dengan pakej paling berpatutan dari Sedunia Travel. Nak buat tempahan, sila hubungi 03-21415259 dan [email protected]. Untuk maklumat lanjut, pergi sahaja ke laman web rasmi Sedunia Muslim.

Selamat Melancong!