Ramai tak buat kerana malas!
Anda tahu bukan akibat buruk jika malas bersihkan muka sebelum tidur. Lagi pula bila muka dah berlapis dengan mekap langsung tidak dibersihkan. Mungkin anda tahu cuma anda ambil ringan akan kepentingan kepada kulit.
Wanista kongsikan perkara mudah yang harus anda lakukan sebelum tidur, confirm berseri-seri esok pagi.
Bersihkan wajah
Anda sibuk walau macam manapun, anda harus luangkan sedikit untuk bersihkan wajah anda. Membersihkan wajah dari mekap, debu dan keringat akan membantu regenerasi kulit ketika tidur. Kulit yang bersih akan maksimumkan pertumbuhan semula kulit.
Jika tidak lakukannya, masalah seperti jerawat, kusam, hingga ke penuaan akan berlaku. Kalau tak percaya, buatlah.
Berus gigi
Jangan pernah lupa memberus gigi sebelum tidur. Jangan sampai sisa makanan di dalam mulut menjadi asid dan merosakkan gigi anda secara perlahan. Mesti tak nak sebarang kerosakan gigi bukan? Maka dengan itu, bersihkan gigi sebelum tidur.
Pakai pelembap
Gunakan pelembab malam hari, kerana pelembab biasa mengandungi pelindung sinar matahari yang tidak berguna dipakai di malam hari. Malah, ianya membuatkan kulit wajah anda sentiasa kekal lembap dan berseri.
Beri perhatian juga bila bibir sering kering dan pecah-pecah. Juga bahagian siku, tumit kaki dan lutut yang sering lebih kering berbanding kawasan lain.
Pakai krim malam
Krim malam berfungsi untuk memperbaiki, melembab dan menjana semula kebaikan kulit semasa tidur. Ia lebih pekat dan direka untuk memberi kelembapan berpanjangan sepanjang malam.
Baca : Ini Fungsi Krim Malam Dan Siang Serta Perbezaannya
Selamat Beramal!