Fesyen

10 Selebriti Gilakan Fesyen Daring ‘Cycling Shorts’

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
10 Selebriti Gilakan Fesyen Daring ‘Cycling Shorts’

A trend in the making?

IKLAN

Fesyen adalah satu contoh yang sempurna tentang apa yang berlaku di sekeliling. Trend yang dahulunya hangat di akhir 80-an atau awal 90-an kini dilihat kembali menguasai selepas dipakai oleh selebriti berpengaruh. Salah satunya  ialah trend athleisure (gaya sukan jalanan).

Seluar sukan berukuran pendek atau dipanggil cycling shorts dipasangkan dengan t-shirt atau bra sukan membuatkan seseorang kelihatan bergaya dan selesa dalam masa yang sama.

Foto – Arkib Wanista

Helaian klasik ikonik yang dimulai oleh Puteri Diana pada tahun 1990-an kini dipakai oleh semua orang dari Kim Kardashian sehinggalah ke Bella Hadid. 

Fesyen cycling shorts dipadankan bersama t-shirt besar, crop top dan dilengkapkan bersama blazer atau kardigan untuk memberi statement. Tidak terhad ke gim semata, mereka dilihat mengenakan fesyen ini di mana sahaja di jalanan. 

Bukan hanya mereka sahaja, ternyata trend ini sudah merebak dari Hollywood ke Bollywood malah dunia K-Pop juga. Lihat cara selebriti ini gayakan cycling shorts paling cool boleh dijadikan inspirasi.

Kim Kardashian memang gila cycling short. Kali ini padankan bersama oversized sweater.

Foto – The Sun

Priyanka Chopra pula sesuaikan dengan kemeja dan topi fedora untuk tampak trendy.

Foto – Vogue India

Kourtney Kardashian padankan cycling short dengan jaket army dan tumit tinggi.

Foto – Pinterest

Dalam sporty, luar disarungnya dengan blazer agar nampak formal.

Foto – Pinterest

Kendall Jenner memakai cycling shorts bersama kemeja putih besar.

Foto – Pinterest

Luar biasa padanan fesyen Bella Hadid, memang ikon!

Foto – Pinterest

Emily Ratajkowski stailkan bersama crop top sweatshirt.

Foto – Pinterest

Kombinasi hitam dan putih buat penampilan Hailey Baldwin nampak bergaya.

Foto – Pinterest

Selalu orang pakai dengan oversized, tapi Sophia Richie selesa pakai t-shirt biasa.

Foto – Pinterest

Blackpink Jennie paling ringkas, memadankan bersama t-shirt lengan panjang besar.

Foto – IG Blackpink Jennie

Tips Wanista

Cycling shorts tidak terhad kepada gaya sukan saja. Anda boleh juga peragakan di pejabat, contoh dengan menyuai padan bersama t-shirt, kemeja, blazer dan tumit tinggi atau sneakers untuk nampak berketerampilan dan sofistikated. Paling penting kena confident!

Selamat Beramal!

IKLAN