Kamu nak bergaya ‘couple look’ dengan pasangan tercinta?
Mungkin boleh sedondon kemeja, t-shirt, kaca mata, warna rambut atau apa sahaja dengan kekasih, tunang atau suami.
Sebelum ini, Wanista ada keluarkan artikel tips untuk tampil fesyen ‘couple look’ paling comel yang tidak menjengkelkan orang sekeliling. Serius, tips ini langsung tak buat kamu dan pasangan rasa janggal.
Baca : Sama Tapi Tak Sama! Tips Fesyen ‘Couple Look’ Untuk Yang Dilamun Cinta
Ingatkan orang Korea, pasangan Datin Eina Azman dan suami sahaja yang gilakan couple look, tapi pasangan diraja kesayangan ramai Putera William dan Kate Middleton juga tak kurang hebatnya. Kalau pakaian tak sama, pasti ada beberapa helaian yang senada sama. Ringkas tapi manis dilihat!
Ini antara pilihan Wanista…
Ketika zaman dating, pasangan ini acapkali mengenakan pakaian yang sedondon, walaupun langsung tidak sepakat.
Bila masing-masing memilih mengenakan topi cowboy yang sedondon ketika lawatan ke Calgary pada Julai 2011.
Sama-sama sehati sejiwa dengan persalinan biru ketika lawatan rasmi.
Alahai romantis pasangan ini bermesraan dalam salji tebal mengenakan suit musim sejuk.
Pasangan The Cambridges sepakat memakai persalinan baby blue ketika menyambut kedatangan anak lelaki mereka, Putera George.
Walau tidak keseluruhan suit tapi Putera William masih menyelitkan warna maroon pada tali leher, dipadankan dengan long coat Kate Middleton.
Bila kedua-duanya mengenakan attire biru gelap. Blazer pada Putera William dan Kate biru gelap pada long coat.
Kalau tak mampu from head to toe, cukup dengan hanya beberapa item sama.