Info Menarik

Alasan Sebenar Penyanyi Sia Sorok Muka Dengan Rambut Palsu

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Alasan Sebenar Penyanyi Sia Sorok Muka Dengan Rambut Palsu

“Chandelier”, “Cheap Thrills”…. namakan sahaja lagunya semua cukup mengasyikkan para pendengar. Selain berbekalkan melodi yang ketagih, barisan lirik yang menggamit serta alunan vokal memukau, nama penyanyi Sia cukup dikenali.

IKLAN

Tetapi tidak semua mengenali wanita yang berselindung disebalik rambut palsu dan aksesori besar seperti topi, menutupi hampir keseluruhan wajah dengan imej misteri. Tahukah kamu, penyanyi Sia menjelaskan beliau punya alasan tersendiri mengapa memilih imej sedemikian dan tidak menyesal.

Mekar selepas bergelar penyanyi solo

Menjelang 2010, Sia atau nama sebenarnyaย Sia Kate Isobelle Furler telah mengeluarkan lima album penuh. Beliau membuat keputusan untuk berhenti menyanyi dan memberi tumpuan penuh pada penulisan lirik dan lagu. Berjaya menghasilkan lagu untuk Beyonce, Kylie Minogue, Flo Rida dan Rihanna. Tetapi kemasyuran Sia mula mekar pada tahun 2011 apabila alunan vokal ditonjolkan oleh David Guetta menerusi lagu “Titanium”. Sejak itu populariti Sia mula melambung dan orang ramai ingin mengetahui gerangan penyanyi misteri disebalik vokal lantang tersebut.

Foto – Getty

“Sebenarnya saya sangat kecewa kerana saya mahu menjadi penulis lagu pop, bukannya artis,” jelas Sia pada tahun 2014.

Tidak lama selepas itu, Sia terkenal dengan imejnya yang bersembunyi di sebalik rambut palsu.ย Sia tampil dengan konsep berambut palsu sekitar akhir tahun 2012 dan awal 2013, ternyata beliau lebih senang begitu.

“Tidak mahu dikenali dan popular”

Sia menjelaskan bahawa keputusan memakai rambut palsu untuk mempertahankan dirinya daripada sisi kemasyuran yang gelap, yang tidak peminat ketahui.

Foto – Getty

“Saya tidak mahu menjadi terkenal atau dikenali. Saya tidak mahu dikritik tentang cara saya berpakaian di internet. Saya telah menulis lagu untuk ramai bintang pop hebat, saya menjadi matan mereka dan melihat kehidupan yang dilalui mereka, dan itu bukan sesuatu yang saya mahu, ” beritahunya pada tahun 2014.

Kembali normal jika tiada kamera

“Saya tidak akan berimej sebegini jika tiada kamera di sisi. Saya akan kembali menjadi “Sia” apabila membuat persembahan dan untuk acara sahaja, ” terang Sia kepada James Corden dalam segmen Carpool Karaoke tahun 2016.

Siapa sangka kerana kemasyuran, Sia bergelut dengan ketagihan dadah dan alkohol, telah didiagnosis dengan kemurungan dan gangguan bipolar sepanjang karier. Beliau juga pernah cuba untuk membunuh diri pada tahun 2010.

Foto – Insider

Jangan ingat jadi artis itu seronoknya… Anda akan diperhati ramai orang, ia sangat menyakitkan dan anda terpaksa harungi setiap hari.

Apapun sabar separuh daripada iman!

RUJUKAN