Tahukah anda bahawa kita boleh mengenali personaliti seseorang itu menerusi cara dia menghias rumah.
Kalau sukakan gaya vintaj adakah si dia seorang yang sentimental? Atau yang moden seorang extrovert? Rimas dengan perabot yang banyak di rumah, jadi bagaimana orangnya? Gemar kepada deko yang berwarna-warni, adakah dia seorang yang ceria dan periang?
Tapi kalau yang jenis bersepah pula bagaimana? Nak tahu, ini yang Wanista nak kupaskan.
Foto keluarga menghiasi di segenap ruang
- Foto – Pinterest
Katanya individu sebegini mempunyai sifat nostalgia dan klasik. Senang mencari keselesaan dengan melihat potret setiap ahli keluarga dalam mencipta kenangan terindah bersama.
Gemar mengumpul karya seni halus
- Foto – Pinterest
Individu sebegini merupakan seorang yang business minded. Orang sebegini mempunyai sense dalam melabur karya seni, dan mereka bijak membeli dan menjualnya sekali.
Selesa dengan ruang yang kosong
- Foto – Pinterest
Individu sebegini mungkin ada rasa ragu-ragu dan takut membuat kesilapan melabur untuk reka bentuk mahal, atau sekadar takutkan komitmen. Disebabkan itu selesa membiarkan ruang rumah kosong dan kalau perabot hanya yang perlu saja ada.
Ada elemen hijau yang segar dalam rumah
- Foto – Pinterest
Bagaimana orangnya? Individu sebegini mempunyai personaliti yang cool, relaks, dan segar. Sukakan kehijauan kerana pada mereka benda sebegitu menenangkan jiwa, pasti akan ada elemen tumbuhan segar memenuhi ruang, contohnya di dapur, bilik air, meja makan atau sekadar di beranda.
Meja kerja atau meja belajar penuh dengan barang
- Foto – Pinterest
Individu yang mempunyai pelbagai benda di atas meja mereka berkemungkinan seorang yang sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan, seorang yang tidak menentu dan mungkin juga kelam-kabut.
Deko dengan cara gantung
- Foto – Pinterest
Jika anda memilih menggantung gambar, karya seni, atau benda yang dicipta oleh anak-anak anda, itu bermakna anda seorang yang open minded dan sukakan perubahan, selesa untuk bertukar gaya rumah pada bila-bila masa.
Mencipta sudut kecil
- Foto – Pinterest
Individu yang selesa mencipta sudut kecil di rumah mungkin bermakna anda lebih suka kehidupan yang tenang. Mungkin seorang yang introvert senang duduk membaca buku di sudut kecil sambil menikmati minuman kegemaran tanpa sebarang gangguan.
Ada kepingan vintaj menghiasi ruang
Sama ada disebabkan kekangan bajet menyebabkan mereka melabur kepada barangan vintaj. Tapi yang pasti individu sebegini mempunyai sifat praktikal dan asas dalam kehidupannya. Mempunyai pemikiran yang jelas dan diterima akal serta realistik.
- Foto – Pinterest
Ini merupakan kajian pakar, sama ada anda ingin mempercayai atau tidak bergantung. Tapi selalunya menerusi cara deko rumah kita boleh kenali personaliti mereka. Sedikit sebanyak anda dapat tahu bagaimana perangai mereka dan peka.