Nak tanya korang guna makeup remover jenama apa?
Penulis pasti setiap dari kita mesti biasa dengar tentang kehebatan micellar water. Air magik yang digunakan untuk menanggalkan mekap menggantikan cleansing oil atau apa sahaja produk cuci mekap.
Micellar water mengandungi micelles yang merupakan molekul kecil dengan tekstur seperti air yang dapat mengangkat debu, kotoran dan sisa-sisa mekap walaupun yang kalis air bahkan juga kulit nampak lebih berseri dan terhidrat sentiasa.
Semua jenis kulit boleh mendapat manfaat daripada micellar water tetapi mengesyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit kering, sensitif atau berjerawat.
Untuk memudahkan semua, Wanista senaraikan 6 micellar water bagus untuk menanggalkan mekap. Serius terbaik sampaikan yang jenis kalis air boleh hilang dengan bersih sekali.
Bioderma Sensibio H2O Make-up Removing Micelle Solution
Terbaik! Produk Bioderma ini boleh menanggalkan mekap kalis air dengan mudah tanpa dibuat banyak kali. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia membantu dalam mengekalkan lapisan luar kulit anda dan mengandungi bahan-bahan dermatologi aktif yang hampir dengan komposisi kulit anda.
Simple Micellar Cleansing Water
Simple ialah jenama yang mesa kulit tanpa penggunaan bahan was-was. Simple Micellar Cleansing Water menghidrat kulit sambil membersihkan semua kotoran dan kusam dari wajah anda. Dibuat dengan air yang dibersihkan tiga kali, ia mengandungi campuran bahan semula jadi yang terbaik untuk kulit.
Garnier Micellar Cleansing Water
Pembersih wajah berformula tanpa bilas mampu membersih serta menghilangkan kotoran wajah dalam hanya satu sapuan sahaja. Kalau anda membersih muka dua kali, biarlah produk ini menjadi produk kedua yang anda gunakan. Ia akan bertindak sebagai toner dan anda hanya perlu melembapkan muka selepas mencuci. Paling menyeronokkan, apabila anda tidak dapat akses kepada air bersih seperti jarak jauh penerbangan dan perkemahan, inilah ‘magik’ yang menyelamatkan anda.
L’Oreal 3-in-1 Micellar Water
Produk ini direka untuk membuang mekap pada sarah, bibir dan mata dengan teliti. Ia dibangunkan dengan teknologi micellar baru dan mengandungi molekul micellar yang unik untuk pembersihan lembut dan menyeluruh. Ia meninggalkan kulit anda terhidrasi dan segar. Ia sesuai untuk orang yang mempunyai jenis kulit sensitif, berminyak dan kombinasi.
Biore Micellar Cleansing Water
Biore Micellar Cleansing Water adalah cara sempurna untuk cepat dan berkesan menghapuskan mekap dengan bersih sekali, boleh diguna pada sarah, bibir dan mata. Dirumus khas untuk kulit kombinasi, produk ini langsung tidak memberikan kesan kerengsaan malah membuatkan kulit terhidrasi dan segar.
Safi Micellar Natural Cleansing Water
Paling penulis suka! Langsung tidak merengsakan kulit. Hanya beberapa aplikasi, segala kotoran di wajah boleh hilang. Produk pembersih lembut berasaskan air yang jernih, menanggalkan solekan dan kotoran dengan efektif tanpa bilasan, disamping mengekalkan kelembapan dan menyihatkan kulit secara semulajadi.
Mudah didapati dan berharga mampu miliki, kesemua produk micellar water di atas boleh beli di drugstores.
Rasai kehebatan dan kelainan selepas menggunakan micellar water!