Depan kamera mereka memang cukup hebat. Setiap kali klik mereka tahu mahu pose yang bagaimana, angle mana yang cantik dan kacak, cukup fotogenik sekali.
Dan jangan tak tahu sebahagian daripada mereka juga sangat hebat di belakang kamera. Berkongsi di media sosial sendiri, kita bernasib baik dapat melihat hasil fotografi yang mereka telah ambil dan berharap dapat melihat lebih banyak lagi.
Siapa selebriti yang bakatnya sehebat profesional? Jom tengok…
Kendall Jenner
Nampaknya Kendall Jenner kini mengembangkan bakatnya di belakang kamera pula. Siapa sangka si tinggi lampai ini punya bakat dalam bidang fotografi, dan tangannya terhasil koleksi foto hebat yang super glamorous sebegini.
BTS V
Katanya BTS V mendapat inspirasi untuk setiap gambar dari jurugambar Ante Badzim. Mereka berinteraksi di media sosial dan terus mengikuti perkembangan satu sama lain. Menurut V, dia gemar mengambil gambar panorama alam sekitar di setiap tempat yang dikunjunginya. V juga dilihat sentiasa berkongsi karya seni dengan para peminat.
Kate Middleton
The Duchess of Cambridge sudah mempunyai minat dalam fotografi sejak zaman kanak-kanak dan mula menerbitkan karya beliau pada tahun 2008. Beliau juga dianugerahkan keahlian kehormatan sepanjang hayat dari Royal Photographic Society. Kate juga berjaya memecahkan tradisi diraja apabila dia menerbitkan gambar rasmi anak-anaknya, Prince George dan Princess Charlotte.
Nicholas Saputra
Di samping menjadi pelakon dan bekerja dalam dunia hiburan, ternyata Nicholas mempunyai hobi lain, iaitu fotografi. Jika anda mengikutinya di Instagram, kesemua koleksi foto ketika mengembara adalah hasil sendiri dan paling hebat hanya menggunakan smartphone sahaja.
Nazim Othman
Siapa sangka dalam diam berbakat dalam fotografi. Kita dapat lihat hasil seninya yang aesthetic setiap kali anak muda ini ke luar negara. Menerusi gambar saja sudah terasa betapa seronok dapat melancong ke negara tersebut. Syabas dan teruskan mengambil gambar cantik-cantik lagi!
Infinite L
Menjadikan fotografi sebagai hobi, anak muda ini penah mengeluarkan photo book sendiri “L’s Bravo Viewtiful”, yang merupakan hasil tangkapan gambar yang diambilnya sendiri. Kemahirannya makin terbukti apabila dia menjadi jurugambar dan pereka logo untuk girl group Lovelyz.
Super Junior Donghae
Skill Donghae sangat bagus, malah syarikat kamera juga mengakuinya. Jenama terkenal Leica pernah bekerja dengan Donghae dalam sebuah iklan bersama Cadillac.
Mino
Anak muda yang sangat berbakat. Boleh rap, nyanyi, melukis, compose lagu, menjahit, malah fotografi juga. Apa benda yang Mino tak boleh buat. Di Instagram, setiap foto merupakan hasil karyanya sendiri. Penulis salute dengan Mino.
Dalam banyak-banyak, penulis paling kagum dengan hasil fotografi Nicholas Saputra kerana dia hanya guna smartphone. Genius!