Info Menarik

Aktiviti ‘Feminin’ Yang Orang Lelaki Buat Tapi Malu Nak Mengaku

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Aktiviti ‘Feminin’ Yang Orang Lelaki Buat Tapi Malu Nak Mengaku

Lelaki dan wanita mempunyai ciri-ciri tertentu, lelaki dan wanita memainkan peranan mereka sendiri.

IKLAN

Lelaki lambang kekuatan dan keberanian. Wanita dilihat agak rumit dan sangat jinak. Tetapi tahukah anda, lelaki juga melakukan aktiviti ‘feminin’ yang tidak diketahui oleh kita semua.

Apa antara aktiviti yang kaum adam lakukan di belakang pengetahuan kita, jom selidik.

Lelaki menangis

Menangis merupakan perasaan setiap insan di dunia. Tanggapan lelaki apabila menangis, dianggap lemah, lembik, tidak hebat, tidak kuat dan sebagainya. Jarang dilihat lelaki menangis sewenang-wenangnya melainkan berlakunya perpisahan atau kematian barulah dilihat lelaki mengeluarkan air mata.

Bila lelaki dengar lagu Taylor Swift ataupun K-Pop

Pada penulis, muzik itu universal, tiada limit untuk mendengarnya. Mungkin, apabila kaum ini mendengar muzik ‘bergenre’ Taylor Swift, mereka akan dianggap tidak macho atau tidak cool, apa tidaknya dengar lagu putus cinta katakan. Disebabkan malu diketahuilah, mereka ini secara senyap mendengar muzik Taylor Swift.

Foto – Evan Agostini

Sama juga kalau mereka ditangkap dengar muzik K-Pop, mahu dijadikan bahan oleh rakan yang lain. Maklumlah, netizen dekat Malaysia bukannya suka muzik K-Pop. Pada mereka muzik ini merepek, dan ada berpendapat K-Pop boleh menyebabkan seseorang terpesong akidah.

Lelaki maskulin

IKLAN

Ya Allah, lelaki kalau bersiap lagi lama, macam-macam mereka nak belek depan cermin. Malah, bila keluar beli-belah mereka sanggup berhabis beratus atau beribu untuk dapatkan apa yang diingini. Hebat bukan?

Lelaki zaman sekarang pergi buat manicure, pedicure, salon dan banyak lagi. Malah, mereka juga sangat mementingkan penampilan, kulit kena bersih dan tiada cacat cela. Disebabkan hal sebeginilah, mereka melakukan aktiviti ‘feminin’ secara rahsia seorang diri.

Gila shopping kalahkan perempuan

Lebih-lebih lagi zaman generasi sekarang, lelaki dan perempuan sama naik mahu menjaga penampilan from head to toe. Bila bab membeli-belah, mereka tidak kurang hebatnya malah kadang kala lagi lama dihabiskan masa dalam satu butik semata-mata mahu mendapatkan barang yang betul-betul berkualiti.

Foto – Kisah Dunia

Ada juga yang menjadikan window shopping sebagai terapi, setakat mahu melihat apa yang sedang in-trend sekarang.

Setuju tak lelaki semua?