K-pop, k-drama, fesyen dan aneka makanan lazat yang terdapat di jalanan antara beberapa sebab yang menarik berjuta-juta pelancong melawat Korea Selatan setiap tahun.
Fangirls, fanboys, siap sedia! Adakah kamu seorang yang suka travel? Suka makan? Di sini, Wanista senaraikan beberapa kafe yang dibuka oleh bintang Korea. Kafe yang Wanista pilih ini bukan calang-calang, kebanyakan memiliki hiasan dalaman berserta dekorasi yang cukup menarik dan lari daripada kebiasaan.
Selain menikmati hidangan enak, selfie juga berbaloi.
Monsant Cafe – G-Dragon
Banyak diperkatakan pelancong adalah kafe milik ketua kumpulan BigBang, G-Dragon. Kafe GD terletak di kawasan Pulau Jeju yang dipanggil Aewol, ianya betul-betul di sebelah laut.
Monsant Cafe mempunyai banyak tingkap kaca jadi dengan mudah anda dapat menikmati pemandangan lautan sambil menghirup secawan kopi panas. Jika anda pilih tempat duduk di luar, anda tidak hanya dapat melihat pemandangan yang mendamaikan bahkan merasa lembut dan cahaya matahari terik.
Menerapkan elemen vintaj, Monsant Cafe melengkapi setiap ruang dengan perabot kayu dan penggunaan warna-warna hangat.
Menu terdiri daripada aneka kopi, pastri, piza dan salad tetapi signature mereka sudah tentu kopi.
89 Mansion – Lee Jong Suk
Lee Jong Suk membuka kafe di Seoul tahun lepas. Ia terletak di Garosu-gil dan dipanggil 89 Mansion. Menjadi impian Jong Suk untuk membuka sebuah kafe, bukan hanya mengeluarkan modal bahkan dia juga menghiasi keseluruhan kafe dengan sendiri, setiap deko merupakan idea dan stail Jong Suk.
Tingkat pertama adalah untuk sesiapa yang hanya ingin menikmati kopi dan beberapa hidangan ringkas, tetapi jika anda ingin makanan berat, maka anda harus menuju ke tingkat dua.
Jika bertuah, anda mungkin dapat berjumpa dengan Lee Jong Suk kerana aktor 29 tahun ini sering datang singgah ke kafe.
And Here – Seungri
Seterusnya satu lagi kafe yang mesti singgah adalah milik penuh BigBang Seungri – And Here. Terletak di Jongno-gu, kafe ini mengekalkan dekorasi yang chic dan cozy, membuatkan anda seperti berada di rumah.
Popular dengan signature dish aneka wafel yang lazat, kafe ini juga menjual beberapa merchandise seperti mug, buku, keychain dan pelbagai lagi.
TMI. Too Much Information – Yoo Ah In
Dimiliki oleh pelakon Yoo Ah In, TMI mengetengahkan elemen minimalis yang moden, bermain dengan rona hitam dan putih menjadi kafe tersebut cukup mempersona.
Apa yang Wanista tahu, di sini mereka menawarkan aneka burger dan milkshake yang lazat. Di samping itu, TMI berubah menjadi bar pada waktu malam.
Yogorino – Zico
Yogorino adalah français yogurt beku Ireland yang dibawa oleh rapper Zico. Terletak di Hongdae adalah satu-satunya kafe yang ada di Korea.
Yogorino menyediakan pelbagai yogurt untuk dipilih oleh pelanggan. Bukan sahaja ia menarik tetapi ia juga membantu dalam pencernaan anda. Pastikan anda datang beli frozen yogurt di kafe Zico.
Jangan lupa datang singgah makan di sini okay…