Cinta & Perhubungan

5 Perkara Yang Wanita Obses Sebenarnya Tak Jadi Masalah Pada Lelaki

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
5 Perkara Yang Wanita Obses Sebenarnya Tak Jadi Masalah Pada Lelaki

Wanita mudah untuk terlebih berfikir dan obses dengan banyak perkara, terutamanya dalam situasi sosial, lebih-lebih lagi apabila ia menyentuh tentang lelaki dan temu janji.

IKLAN

Walau bagaimanapun, kebanyakan obsesi ini adalah sia-sia, kerana hakikatnya kaum lelaki tiada masalah langsung dengan perkara tersebut.

Sebagai contoh:

Berat badan berlebihan

Wanita sering obses mengenai berat badan. Sememangnya terdapat lelaki yang tidak sukakan wanita yang berlebihan berat badan, namun kebanyakan lelaki tidak ambil kisah jika anda 10 atau 20 pound lebih berat daripada apa yang anda fikir berat badan anda yang sepatutnya — terutama sekali jika anda dan si dia sudah menjalinkan hubungan istimewa. Lelaki sukakan anda apa adanya, tidak perlulah terlalu obses dengan berat badan.

Pakai mekap (ataupun tidak)

Melainkan anda kerap mengenakan solekan tebal — kebanyakan lelaki tidak melihat perbezaan apabila anda memakai mekap ataupun apabila anda tidak memakainya. Lelaki lebih suka melihat kecantikan semulajadi seorang wanita, jadi tidak perlulah anda risau soal solekan apabila keluar dengan yang tersayang.

Mengajak lelaki keluar

Ini adalah masalah besar kebanyakan wanita yang takut untuk mengajak lelaki keluar. Malah, ramai wanita berfikir ia adalah tugas lelaki untuk memulakan langkah untuk mengajak keluar. Tetapi, tiada masalah sebenarnya bagi pihak lelaki sekiranya seorang wanita mengajak mereka keluar. Itu boleh dilakukan sekiranya si lelaki betul-betul tidak sedar akan kewujudan anda, ambil inisiatif dan ajak lelaki itu keluar!

Siapa mesej dahulu

Lelaki sememangnya tidak kisah akan hal ini. Sekiranya anda ingin tahu keadaannya, apa yang si dia lakukan, mesej lelaki itu terlebih dahulu! Tidak perlu terlalu obses menunggu si lelaki untuk mesej anda, sebaliknya anda mulakan dahulu perbualan bersama lelaki tersebut.

Apa yang dipesan untuk makan malam

Melainkan jika anda memesan sesuatu yang keterlaluan mahal dan dia harus membayarnya, lelaki benar-benar tidak kisah dengan apa yang anda pesan untuk makan malam. Lelaki tidak akan menghukum anda melalui makanan yang anda pesan. Mereka tidak akan berkata anda gemuk sekiranya anda tidak memesan salad. Pesan sahaja apa yang anda mahukan!

Kadang-kala wanita ni complicated kan? Baik mengaku?

IKLAN