Bukan hanya hormon dan keadaan persekitara sekitar yang boleh mempengaruhi mood dan tahap tekanan kita, ternyata warna yang digunakan pada dinding pejabat dan rumah yang boleh mempengaruhi kadar tekanan setiap hari.
Apatah lagi kalau anda bekerja di tempat penuh tekanan dan sering dilanda tekanan, ada baiknya pertimbangkan warna-warna berikut yang boleh meredakan tekanan dan meningkat mood kerja.
Menurut ilmuwan dari Thomas Jefferson, University Philadelphia, meditasi atau terapi warna dapat menyingkirkan tekanan. Bukan itu sahaja, terapi warna dapat mengubati rasa mengantuk dan nafsu makan yang tidak terkawal.
Ketahui 4 warna yang boleh membantu anda mengatasi tekanan:
Ungu Violet – Warna ini digunakan dalam terapi warna untuk menenangkan sistem saraf, otot dan menyembuhkan tekanan. Berdasarkan National Center for Health and Wellness, warna ini dapat membantu mengubati bahagian badan yang mengalami tekanan.
Jingga – Warna ini melambangkan warna matahari yang dapat memperbaiki mood dan tumpuan. Selain itu, warna jingga dapat menenangkan perasaan takut dan cemas.
Indigo – Kajian menunjukkan warna ini membantu mengatasi rasa cemas dan tekanan.
Biru – Warna ini membuatkan anda merasa damai. Jika anda mengalami gangguan tidur, cubalah mengecat dinding bilik tidur dengan warna biru untuk mengatasinya.
Warna Tekanan
Jangan pilih warna kelabu. Kenapa? Kelabu itu suram! Seseorang yang dilanda kesedihan atau depresi cenderung untuk memilih warna-warna kelabu berbanding warna cerah.
Korang setuju ke dengan kajian di atas? Ke ada pendapat sendiri?