Tips - Kecantikan

Tak Payah Bersenam, 7 Cara Mudah Dapat Kaki Seksi Supermodel

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Tak Payah Bersenam, 7 Cara Mudah Dapat Kaki Seksi Supermodel

Rasanya semua orang impikan sepasang kaki yang sempurna. Sepasang kaki yang langsing dan seksi dengan toned yang boleh meningkatkan keyakinan. Sepasang kaki seperti Kendall Jenner, Jennifer Lawrence, Blake Lively?

IKLAN

Anda teringin? 7 tips di bawah mungkin boleh membantu anda!

Foto – Pinterest

Cukur kaki sekerap yang mungkin. Fikirkan kaedah terbaik dan paling mudah untuk bercukur. Ada yang gemar waxing, ada pula yang gemar menggunakan pencukur. Cuba gel terbaik dan pencukur yang berkualiti tinggi. Berhati-hati mengenai pilihan cukur anda dan pilih jenis yang berkualiti.

Gunakan alat solek jika diperlukan. Bedak asas jenis semburan ada untuk menutup cela pada kaki anda. Ia membantu menghilangkan kesan lebam dan ketidak sempurnaan lain sementara untuk majlis istimewa. Tetapi tidak disarankan untuk kegunaan harian.

Berunding dengan pakar kulit jika gusar tentang jerawat, urat atau mana-mana kecacatan lain pada kaki anda. Usah biarkan cela pada kaki merosakkan hari istimewa anda.

Bersenam! Bersenam membantu membentuk kaki yang seksi dan toned. Antara latihan asas yang boleh dilakukan termasuk melompat, berlari atau berjoging, berjalan, mengayuh basikal, berenang, menaiki tangga, aerobik, squats atau lunges.

Jika anda mahu berjemur, usah sampai keterlaluan dan terlebih masa. Sediakan kulit dengan pelindung sinaran matahari jika tidak, kaki anda kelihatan lebih gelap daripada bahagian yang lain.

Lakukan pengelupasan sel-sel kulit mati dengan skrub dan basuh kaki anda sebelum bercukur. Ia menawarkan kilauan semula jadi daripada pembuangan sel-sel kulit mati tadi.

Pastikan anda mengoles pelembab pada seluruh kaki setiap hari. Losyen membantu melindungi kulit agar lembut, licin dan bebas daripada kulit yang tidak stabil.

IKLAN

Mudahkan? Selamat Beramal!